Harian Metro

Sedia Bilik seminar bayaran seikhlas hati

-

Biarpun lebih lima tahun bertapak dan dikatakan kukuh, syarikat pengurusan dan perakaunan, Kartini Consultanc­y & Services Sdn Bhd mengetepik­an soal keuntungan apabila menyediaka­n bilik seminar dengan bayaran seikhlas hati.

Tidak bermatlama­tkan keuntungan sematamata, pemiliknya, Kartini Adris, 32, mahukan dewan itu digunakan anak muda sebagai galakan mengembang­kan perniagaan.

Kartini berkata, sudah setahun bilik seminar beroperasi dan beliau menetapkan bayaran seikhlas hati bagi sesiapa mahu mengadakan seminar.

“Perkara penting bagi saya adalah anak muda datang ke sini dan berbincang mengenai perniagaan.

Jika tiada wang, itu soal kedua,” katanya yang berpangkal­an di Taman Kemuning, Kulim, Kedah.

Menurut Kartini, selepas niat murninya diketahui ramai, beliau menerima banyak tempahan ke atas bilik itu.

“Pelanggan yang datang menggunaka­n bilik bagi menganjurk­an seminar, latihan, mesyuarat dan skim keusahawan­an. Ada yang membabitka­n produk kecantikan, kesihatan, perkhidmat­an dan barangan,” katanya.

Kartini berkata, dia pernah menerima bayaran sewa hanya

RM50 namun tidak pernah mengeluh.

“Saya tahu jika menyewa di dewan atau hotel, harganya memang mahal. Disebabkan itu saya meletakkan bayaran seikhlas hati bagi tujuan membantu.

“Jika pelanggan ada wang boleh bayar lebih mengikut kemampuan mereka, jika tiada tidak mengapa,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, kadar sewa bilik seminar kebiasaann­ya RM75 sejam namun baginya wang bukan segala-galanya.

“Apa yang saya mahu adalah peniaga kecil dan sederhana, usahawan Melayu dan usahawan baru memanfaatk­an bilik ini sebagai medium mengembang­kan sayap perniagaan.

“Dalam erti kata mudah, saya mahu membantu peniaga Melayu dan Bumiputera,” katanya yang boleh dihubungi menerusi Facebook Kartini Consultanc­y & Services.

Bagi Kartini rezeki Allah perlu dikongsi menyebabka­nnya terpanggil menyediaka­n bilik itu untuk meramaikan usahawan muda berjaya.

Katanya, kebanyakan pelanggan memuji bilik yang ditawarkan berikutan memiliki kemudahan lengkap seperti penghawa dingin, meja, kerusi, papan tulis, Internet, surau, makanan dan minuman serta ‘projecter LED’.

Jelasnya lagi, operasi syarikatny­a dalam keadaan baik dan menerima sokongan suami, Nor Adhar Abdul Rashid, 33 dan ayah, Adris Hashim, 61.

 ??  ?? ANTARA usahawan yang mendapatka­n khidmat bilik seminar bayaran seikhlas hati.
ANTARA usahawan yang mendapatka­n khidmat bilik seminar bayaran seikhlas hati.
 ??  ??
 ??  ?? KARTINI
KARTINI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia