Harian Metro

Gembira mereka sihat

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Nurina realisasi impian bantu wanita kekal bertenaga

Usianya sudah melebihi angka 50, namun kecergasan dan kelincahan­nya dalam meneruskan impian hati tetap diteruskan demi memastikan bukan saja dia kekal sihat, lebih penting lagi dapat membantu semua wanita dan juga pengikutny­a di laman sosial kekal bertenaga.

Kutukan, cacian dan katakata negatif yang dilemparka­n kepadanya sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus membantu wanita lain. Tanpa mengharapk­an balasan, wanita kelahiran Ipoh, Perak ini terus cekal dalam meniti harihariny­a bergelar jurulatih kecergasan.

Tidak kiralah di media cetak mahupun elektronik, wajah dan namanya sering terpapar khusus dalam berkongsi lang kah senaman atau tip kecergasan yang boleh digunakan sesiapa saja.

Bagi Nurina Muhamad, dia sememangny­a meminati bidang kecergasan diri dan hampir keseluruha­n masanya dihabiskan dalam bidang itu.

“Siapa yang kenal saya akan tahu betapa obsesnya saya dalam bidang ini. Obses saya ini bersebab kerana saya mahukan semua wanita terutama yang berada di sekeliling saya sentiasa tampil lengkap dengan pakej iaitu sihat, cantik dan berketeram­pilan.

“Saya sudah berada dalam bidang ini lebih 20 tahun dan ia bukan satu tempoh yang singkat. Bergelar jurulatih kecergasan tidak semudah disangka kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi demi merealisas­ikan impian hati,” katanya.

Nurina yang memiliki kelayakan akademik dalam bidang perakaunan dan pernah berkhidmat dalam bidang sebelum ini berkata, kutukan dan cacian diterima kebiasaann­ya datang daripada individu yang berada dalam bidang sama, tetapi tidak berpuas hati dengan apa dilakukany­a.

“Saya aktif di laman sosial untuk menarik minat wanita bersenam dan menjaga kesihatan diri. Mungkin atas sebab itu juga ada yang tidak puas hati, namun ia tidak sedikit pun menghalang saya untuk meneruskan hasrat ini.

“Bagi saya mudah, jika ada yang tidak suka pasti ada yang masih suka dan mahu saya bantu. Dengan itu saya terus bersemanga­t meneruskan hasrat ini,” ujarnya.

Menurutnya, dia terbabit dalam bidang latihan kecergasan sejak 1999 selain sentiasa mendisipli­nkan dirinya untuk bersenam secara konsisten setiap hari.

“Sejak usia awal 20an saya pastikan bersenam setiap hari dan ia menjadi kewajipan diri sehingga kini.

“Disebabkan terlalu minat dalam bidang ini, saya mengambil keputusan berhenti kerja beberapa tahun lalu selepas berkhidmat hampir 15 tahun dalam bidang perakaunan bagi membolehka­n saya menumpukan sepenuh masa dan perhatian sebagai jurulatih kecergasan bertauliah,” katanya.

PELBAGAIKA­N SENAMAN

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia berusaha mempelbaga­ikan jenis senaman di pusat kecergasan­nya bagi memastikan pengikutny­a tidak jemu dan terhenti separuh jalan.

“Bukan mudah untuk tarik minat orang ramai bersenam dan disebabkan itu saya tidak boleh syok sendiri. Saya perlu pastikan setiap yang diajar itu praktikal dan pada masa sama boleh membuatkan peserta terhibur.

“Kebanyakan peserta adalah suri rumah dan selain mahu kurus serta sihat, mereka juga inginkan hiburan selepas seharian bertungkus­lumus di rumah. Saya perlu cari senaman yang menghiburk­an tetapi tidak terlalu susah untuk diikut,” katanya.

Menurut Nurina yang mempunyai lesen bertauliah daripada Kementeria­n Belia dan Sukan, bagi membantu wanita yang mempunyai keinginan untuk kekal sihat dan bertenaga, dia menyusun jadual kelas mengikut kesesuaian waktu pelajar.

“Saya tidak mahu mereka ada alasan untuk tidak datang. Disebabkan itu juga saya berbincang dengan peserta supaya dapat mencari waktu paling sesuai yang membolehka­n mereka datang bersenam.

“Saya juga banyak habiskan masa mencari langkah senaman tepat dan praktikal untuk diikut selain menyesuaik­an langkah itu dengan muzik dan lagu kegemaran ramai,” ujarnya.

Menurutnya, walaupun perlu menghabisk­an hampir 24 jam sehari untuk kelas senaman, dia berpuas hati sekiranya setiap pelajar berjaya mencapai objektif dimahukan.

“Saya mahu terapkan pada fikiran semua datang ke kelas senaman ini bukan sematamata untuk kurus, tetapi lebih daripada itu. Apa yang lebih penting adalah apa yang mereka capai kerana tidak semua individu yang kurus itu sihat dan bertenaga.

“Alhamdulil­lah, berkat amalan serta rutin harian, saya masih kekal cergas dan sihat walaupun sudah semakin berusia selain berjaya mengekalka­n bentuk badan. Pada masa sama, saya juga dapat membimbing ramai wanita untuk mementingk­an soal penjagaan diri dan ia amat menggembir­akan saya,” katanya.

Nurina berkata, sebelum ini dia membuka dua pusat kecergasan di Kuala Kangsar dan Ipoh, Perak selama hampir lima tahun, namun atas faktor kesibukan dalam mengajar kelas aerobik, dia mengambil keputusan mengendali­kan studio aerobik saja.

“Kini saya mempunyai tiga cawangan studio aerobik iaitu di Ipoh, Kuala Kangsar (Perak) dan Klang (Selangor) yang menuntut saya perlu bijak membahagik­an masa.

“Tiada apa yang lebih membahagia­kan selain mampu membantu wanita yang mahu tampil sihat dan cergas melalui teknik senaman yang betul. Saya berharap dapat capai impian dan melihat lebih ramai wanita menjadikan senaman sebagai antara amalan wajib setiap hari,” katanya.

 ??  ?? MENGHABISK­AN masanya dalam bidang kecergasan demi merealisas­ikan impian.
MENGHABISK­AN masanya dalam bidang kecergasan demi merealisas­ikan impian.
 ??  ?? NURINA tanam impian bantu wanita
sihat.
NURINA tanam impian bantu wanita sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia