Harian Metro

MPTN raih dana RM14,000

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad

(MPTN) berjaya mengumpul dana sebanyak RM14,000 menerusi jualan Bazar Terima Kasih dan

Jom Masjid di Melaka serta Kedah, minggu lalu.

Sumbangan itu disalurkan kepada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah dan Pondok Darul Muttaqin, Kampung Paya Rumput, Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakk­an terhadap aktiviti berkenaan.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada pengunjung di atas sokongan mereka.

“Juadah berbuka puasa di gerai program gabungan TV3, TV9 dan ntv7 di Sungai Petani dan Klebang habis dijual dalam masa empat jam,” katanya.

Sempena Aidilfitri ini, Johan berkata, pelbagai program televisyen menarik bakal menanti penonton.

Tahun ini, Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid kembali dengan wajah baru.

Antara aktiviti amal dilakukan adalah gotongroyo­ng membersihk­an rumah kebajikan, menghias kamar tidur dan sesi kreatif kad kempen Terima Kasih 2018.

Barisan artis yang hadir ialah duta kempen iaitu Amar Baharin, Amyra

Rosli, Aqeef Anaqi, Remy Ishak, Puteri Aishah, Farah Nabilah, Izzue Islam, Azira Shafinaz, Erwin Dawson, Faizal Tahir, Makhlok Macho dan Afiatul.

Selain mereka, selebriti lain termasuk Azrel Ismail, Haris Aliff, Ezzaty Abdullah, Syazuwan Hassan, Nina Iskandar, Elly Mazlein, Chef Fikree, Abam Bocey dan

Karl Syafek.

Sementara itu, Jom Masjid mengetenga­hkan amalan moreh yang diadakan selepas solat Tarawih.

Orang ramai juga berpeluang menyertai aktiviti ilmiah seperti rakaman program AlKulliyya­h, solat Isyak dan sesi tazkirah program Raudhah Mawaddah.

Sebanyak 2,000 bubur lambuk hasil gotong-royong pengunjung dihasilkan dan diagihkan kepada orang ramai.

Layari laman web www. xtra.com.my untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih 2018.

 ??  ?? SELEBRITI dan pengunjung di Bazar Terima Kasih Kedah.
SELEBRITI dan pengunjung di Bazar Terima Kasih Kedah.
 ??  ?? PENGUNJUNG mengambil gambar bersama Faizal Tahir di Bazar Terima Kasih, Melaka.
PENGUNJUNG mengambil gambar bersama Faizal Tahir di Bazar Terima Kasih, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia