Harian Metro

Suka tiga dalam satu

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Pengalaman dalam dunia tarian dorong Naszsally,

Fiza lebih serius ke pentas teater muzikal

Bermula sebagai penari, dua bakat muda, Nasurah Hanoom Hanafi Imam atau Naszsally dan Nurhafizah Long Kip @ Thomas (Fiza) memasang impian untuk pergi jauh dalam industri seni tempatan.

Pada saat kebanyakan bakat muda mahu membina nama di layar filem, kaca TV dan media sosial, Naszsally dan Fiza memilih untuk dikenali di pentas teater muzikal.

Menjadikan program realiti dan drama TV sebagai batu loncatan untuk memperkena­lkan bakat, kini Naszsally dan Fiza semakin seronok beraksi di pentas teater.

Sebelum ini mereka menjayakan pementasan Ola Bola The Musical dan terbaru, keduaduany­a sibuk menjalani sesi latihan jerayawara teater Bangsawan Dendam Laksamana yang memulakan persembaha­n di Johor Bahru, Johor, Jun ini.

Ditemui di majlis pelancaran kempen Meriah Bersama Astro, Naszsally berkata, sebelum berlakon dalam drama siri komedi, 3 Dara Kg.com bersama Scha AlYahya, Marsha Milan dan Red Velvet, dia terlebih dulu beraksi di pentas teater muzikal terbitan Datin Seri Tiara Jacquelina dan Datuk Hans Isaac.

“Sebelum berlakon drama, saya menjadi penari kebudayaan, malah Fiza juga melakukan perkara sama dan ternyata dunia tarian juga yang membawa minat kami untuk lebih serius ke pentas teater muzikal.

“Sebelum ini saya juga pernah menjadi penerbit untuk teater terbitan Mask Team, mementaska­n Juta Juta dan Projek Kahwin. Bagaimanap­un, selepas itu saya bawa haluan sendiri dan mahu terus berlakon pentas,” katanya.

Kemunculan ramai pelakon yang jauh lebih muda dan cantik, Naszsally tahu

 ?? FOTO ?? DUA sahabat
berkongsi minat yang
sama.
FOTO DUA sahabat berkongsi minat yang sama.
 ??  ?? FIZA sebelum ini dikenali sebagai Afi di AF2016.
FIZA sebelum ini dikenali sebagai Afi di AF2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia