Harian Metro

Menangis terima #HMKotakRez­eki

Anggota AKSEM terharu pengorbana­n mereka dihargai Harian Metro

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

“Ada antara anggota Agensi Kawalan Sempadan Kelantan (AKSEM) negeri menangis kegembiraa­n sejurus mendapat Kotak Rezeki kerana berasa mereka dihargai,” kata Komander Aksem Kelantan, Rusli Karim.

Menurutnya, anggota yang bertugas di sekatan jalan raya di negeri itu adalah antara anggota AKSEM yang tidak bercuti pada Aidilfitri nanti.

“Sejak dua tahun lalu, AKSEM menerima sumbangan #HMKotakRez­eki daripada Harian Metro (HM).

“Kami ingin mengucapka­n ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

“Isi kandungan dalam Kotak Rezeki itu tidak penting bagi kami. Yang paling utama kami rasa dihargai ketika menjalanka­n tugas pada musim perayaan nanti hingga ada yang menangis kegembiraa­n.

“Dengan adanya Kotak Rezeki ini memberi semangat kepada mereka yang bertugas,” katanya selepas menerima #HMKotakRez­eki di pejabatnya di sini, semalam.

Rusli berkata, ini kali ketiga AKSEM Kelantan mendapat pek makanan ringan untuk berbuka puasa.

Katanya, seramai 145 anggota AKSEM bertugas pada musim perayaan nanti termasuk mengadakan kawalan di sempadan Kelantan/Thailand.

#HMKotakRez­eki mendapat kerjasama Affin Bank Group, Affin Islamic Bank, Pos Laju, Watsons, Nabati Group, Massimo, Qnet (Malaysia) Sdn Bhd dan Kimball.

Isi kandungan dalam Kotak Rezeki itu tidak penting bagi kami. Yang paling utama kami rasa dihargai ketika menjalanka­n tugas pada musim perayaan nanti hingga ada yang menangis kegembiraa­n”

Rusli Karim

 ?? di Kota Bharu, semalam. ?? WARTAWAN Harian Metro, Sharifah Mahsinah menyerahka­n #HMKotakRez­eki kepada Rusli di Ibu Pejabat AKSEM Kelantan
di Kota Bharu, semalam. WARTAWAN Harian Metro, Sharifah Mahsinah menyerahka­n #HMKotakRez­eki kepada Rusli di Ibu Pejabat AKSEM Kelantan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia