Harian Metro

Elak terbeli sajian tercemar

-

Kuala Terengganu: Orang ramai dinasihatk­an berhati-hati ketika membeli makanan di bazar Ramadan pada minggu terakhir Ramadan bagi mengelakka­n terbeli makanan tercemar.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohamad Omar berkata, kebarangka­lian besar peniaga yang tidak bertanggun­gjawab menjual makanan yang lama dan kitar semula.

“Berpanduka­n kes yang pernah berlaku, peniaga biasanya menjual lauk- pauk yang tidak habis dengan hanya memanaskan lauk itu semula.

“Kes begitu kerap berlaku dan tahun lalu seorang peniaga dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan #HMKotakRez­eki di pekarangan Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam.

Sebanyak 30 pek #HMKotakRez­eki diserahkan kepada Dr Mohamad menerusi wartawan Zatul Iffah Zulkiply.

Dr Mohamad berkata, pihaknya hanya menerima satu laporan berkaitan kes keracunan makanan membabitka­n pembelian makanan di bazar pada Ramadan kali ini.

“Kes itu membabitka­n empat ahli keluarga yang membeli dan makan yong tau fu dijual di bazar Ramadan.

“Hasil siasatan, makanan itu tercemar dan peniaga diberikan nasihat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa menjalanka­n persampela­n di bazar Ramadan di negeri ini secara rawak.

“Makanan yang tinggi risiko untuk rosak seperti lauk-pauk yang bersantan akan diteliti bagi memastikan ia tidak dijual dalam keadaan yang rosak.

“Sebahagian makanan itu juga diambil sampelnya untuk diteliti di makmal bagi mengenal pasti risiko dan tahap kebarangka­lian ia tercemar,” katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu prihatin dalam mengenal pasti makanan yang masih elok dan sebaliknya.

“Mereka boleh menguji makanan itu dengan membaunya, merasa dan melihat rupa bentuk makanan, sekiranya makanan berbau pelik atau melekit, ia sudah rosak dan jangan dibeli,” katanya.

 ??  ?? ZATUL Iffah (kiri) menyerahka­n #HMKotakRez­eki kepada Dr Mohamad (tengah) di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, semalam.
ZATUL Iffah (kiri) menyerahka­n #HMKotakRez­eki kepada Dr Mohamad (tengah) di Bahagian Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia