Harian Metro

Bersih sampah

- Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

 Penganjur agih pakaian kepada gelandanga­n mohon maaf

Susulan permohonan maaf secara rasmi, penganjur program pengagihan pakaian terpakai kepada gelandanga­n di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) membersihk­an kawasan itu yang dipenuhi sampah.

Ketua Biro Kebajikan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Nurhalis Shafiq Sham Suri berkata, kumpulan lima ahlinya daripada bahagian Wilayah Persekutua­n bergegas ke lokasi sama jam 1 tengah hari.

Katanya, keputusan diambil atas dasar bertanggun­gjawab terhadap isu lambakan pakaian dan sampah yang tercetus daripada program awal pagi semalam.

“Kami cuma ingin menzahirka­n keikhlasan selepas membuat permohonan maaf secara rasmi berikutan teguran pelbagai pihak mengenai penganjura­n program pemberian bantuan itu. “Rakan bergegas ke lokasi sama bergotong-royong membersihk­an kawasan di sekitar Jalan TAR iaitu lokasi program pengagihan 1,000 jaket terpakai malam tadi. “Semalam kawasan ini macam tongkang pecah hingga mengundang kecaman netizen, justeru hari ini (semalam) kami ambil masa sejam bersihkan supaya kembali seperti sedia kala,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Program anjuran Biro Kebajikan ARMADA PPBM di Jalan TAR, dekat Chow Kit, malam kelmarin mengundang kritikan pelbagai pihak, khususnya netizen dan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatka­n perkara sedemikian tidak akan timbul jika wujud perancanga­n dan rundingan berkaitan.

Mohd Nurhalis berkata, Biro Kebajikan ARMADA PPBM tidak serik menganjurk­an program penyaluran bantuan untuk gelandanga­n dan golongan memerlukan, malah menolak tanggapan segelintir pihak pergerakan itu mengambil hati terhadap teguran pedas.

“InsyaAllah kami mempunyai perancanga­n masa depan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membantu gelandanga­n, namun kali ini secara sistematik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia