Harian Metro

Ajal menjelang raya

Guru maut manakala suami, anak cedera kenderaan terbabas langgar besi pembahagi jalan

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Seorang guru meninggal dunia manakala suami dan anak lelaki mereka cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki terbabas merempuh besi pembahagi laluan di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Taman Pelindung di sini, petang kelmarin.

Lebih memilukan, kejadian menimpa guru Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau itu berlaku ketika Aidilfitri semakin menjelang.

Pada nahas jam 5.30 petang, Nurul Arifah Talha, 37, dari Sungai Soi di sini, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Superinten­dan Kamarulzam­an Jusoh berkata, siasatan mendapati, Nissan Grand Livina dipandu suami mangsa, Mohd Junaidi Othman, 36, dari Kemaman, Terengganu ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas.

“Siasatan mendapati pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibatnya, mangsa bersama anak lelakinya yang duduk di tempat duduk penumpang depan parah. Mangsa dibawa ke HTAA untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 7.20 malam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kamarulzam­an berkata, Mohd Junaidi dan anak lelaki pasangan itu, Ahmad Dhaifullah Nazir, 4, cedera manakala anak perempuan mereka, Nur Damia Adriana, 9, yang duduk di tempat duduk penumpang belakang selamat.

Beliau berkata, dua beranak yang cedera itu dilaporkan stabil.

“Jenazah mangsa diserahkan kepada keluargany­a sebaik urusan bedah siasat selesai dilakukan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? NURUL Arifah maut selepas kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan dan merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kuantan- Kemaman dekat Taman Pelindung.
NURUL Arifah maut selepas kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan dan merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kuantan- Kemaman dekat Taman Pelindung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia