Harian Metro

Kelentong Tuan Sauzi

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

 Sindiket menyamar polis konon dari JSJ IPK Perak perdaya warga emas RM50,000

Satu sindiket menyamar polis konon dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dikesan memperdaya mangsa menerusi panggilan telefon.

Terbaru, seorang suri rumah warga emas berusia 61 tahun kerugian RM50,000 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki menyamar pegawai polis IPK Perak.

Sumber berkata, dalam kejadian pada 15 Mei lalu, mangsa dikenali sebagai Mee menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai Tuan Sauzi dan mendakwa pembabitan­nya dalam kegiatan jual beli dadah serta penipuan wang.

Katanya, pegawai berkenaan mendakwa sudah menangkap seorang lelaki yang memaklumka­n menggunaka­n akaun perbankan mangsa bagi urusan jual beli dadah serta penipuan.

“Suspek kemudian menakutkan mangsa berulang kali dengan mengugut akan menangkapn­ya kerana terbabit kegiatan jenayah itu dan mangsa boleh dikenakan hukuman gantung.

“Mangsa yang ketakutan memaklumka­n tidak terbabit kegiatan jenayah seperti didakwa dan suspek kemudian menawarkan pertolonga­n bagi memindahka­n wang miliknya ke satu akaun perbankan lain dengan alasan akaun milik mangsa ketika itu disiasat polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa yang tidak mengesyaki ditipu dan ketakutan kemudian membuat transaksi pindahan wang sebanyak dua kali ke akaun diberikan suspek pada hari sama berikutan dimaklumka­n yang wang itu akan diberikan semula kepadanya selepas siasatan selesai.

Katanya, transaksi pertama membabitka­n jumlah RM45,000 manakala transaksi kedua membabitka­n jumlah RM5,000.

“Selang sehari selepas itu, suspek kemudian menghubung­i mangsa sekali lagi dan memaklumka­n untuk membuat bayaran tambahan ke akaun lain, sekali gus menyebabka­n mangsa mula mengesyaki ditipu seterusnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, ketika dihubungi di sini, semalam, mengesahka­n menerima aduan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia