Harian Metro

Mahu RM250 rugi RM10,000

-

Kuala Terengganu: Disebabkan terlalu percayakan seorang lelaki yang mendakwa boleh membantuny­a mengeluark­an wang bantuan khas Aidilfitri RM250, seorang warga emas kerugian hampir RM10,000.

Kerugian yang dialaminya itu selepas wang simpananny­a lesap apabila memberikan nombor pin kad banknya.

Kejadian bermula apabila warga emas berusia 77 tahun itu dihampiri lelaki tidak dikenali menaiki Toyota Hilux pada jam 2.10 petang, Rabu lalu ketika sedang berniaga di Jalan Durian Burung.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, suspek kemudianny­a menawarkan khidmat untuk membantu mangsa mengeluark­an wang bantuan itu yang diberikan kerajaan negeri.

Menurutnya, suspek tidak memaklumka­n namanya kepada mangsa, sebaliknya hanya meminta warga emas terbabit memberikan nombor pin bagi kad banknya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk suspek dan akur dengan arahan itu dan hanya meminta anak lelakinya memeriksa baki wang simpanan pada jam 8.45 malam hari sama.

“Anak mangsa membuat semakan di mesin juruwang automatik (ATM), tetapi kad bank mangsa tidak diterima walaupun mencubanya di beberapa mesin ATM lain.

“Mangsa kemudian menghubung­i pusat khidmat pelanggan untuk penjelasan dan dimaklumka­n terdapat pengeluara­n wang RM10,000 dilakukan sebelum itu,” katanya di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga pada keesokan harinya untuk tindakan lanjut.

Idris berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia