Harian Metro

Tak puas hati punya pasal!

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

 Dua peniaga air tiada lesen ditahan selepas cederakan penguat kuasa MPK

Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit pergaduhan yang menyebabka­n seorang penguat kuasa Majlis Perbandara­n Klang (MPK) cedera di bazar Aidilfitri, Jalan Taiping, Bandar Baru Klang, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kedua-duanya berusia 18 dan 41 tahun ditahan sejurus memberi keterangan di Balai Polis Sungai Kapar Indah, jam 5 pagi, semalam.

Katanya, pergaduhan tercetus apabila individu terbabit yang berniaga minuman di bazar itu dikatakan tidak berpuas hati apabila gerai dan barangan jualan disita penguat kuasa MPK selepas beroperasi tanpa lesen.

“Mangsa berusia 30-an meminta suspek menunjukka­n lesen perniagaan, namun suspek gagal mengemukak­annya, sekali gus menyebabka­n gerai dan barang jualan disita.

“Ketika proses sitaan barang dijalankan,

berlaku pertengkar­an antara kedua-dua pihak hingga mangsa cedera di muka,” katanya dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis sebelum kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabka­n kecederaan kepada penjawat awam.

Mazelan berkata, kedua-dua suspek direman empat hari bermula semalam.

Dalam pada itu, insiden berkenaan turut dirakam peniaga bazar dan dimuat naik ke laman sosial hingga tular.

Video berdurasi 46 saat itu memaparkan pergaduhan antara penguat kuasa MPK dan peniaga terbabit.

Difahamkan, MPK bakal mengeluark­an kenyataan perkara itu menerusi sidang media hari ini.

 ??  ?? MAZELAN
MAZELAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia