Harian Metro

Rampas 2,000 pil kuda

-

Kota Bharu: Satu sindiket pengedaran dan penyeludup­an dadah dari Thailand ke Malaysia melalui negeri ini tumpas hasil serbuan berasingan di Tumpat dan Pasir Mas, pada 5 Jun lalu.

Serbuan Op Gaida bermula jam 3.45 petang dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Enam lelaki termasuk seorang warga Thailand berusia antara 23 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Sebanyak 2,000 pil kuda dianggarka­n bernilai RM20,000 dirampas, selain tujuh kenderaan mewah bersama wang tunai RM77,900 disita dengan keseluruha­n nilai keseluruha­nnya mencecah RM641,900.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, serbuan pertama hasil risikan dan maklumat awam membolehka­n seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun ditahan di Kebakat, Tumpat.

Menurutnya, berpanduka­n maklumat suspek kemudian polis menyerbu rumahnya di Kampung Paloh, Wakaf Bharu juga di Tumpat dan menemui 2,000 pil kuda seberat 200 gram yang disorokkan di dalam kabinet dapur.

“Soal siasat terhadap suspek kemudian mengaku dadah itu miliknya yang diperoleh daripada pembekal di negara jiran dengan kos RM11,000.

“Suspek yang dipercayai sindiket ini mengaku aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Rantau Panjang dan Wakaf Bharu sejak sebulan lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad.

Hasanuddin berkata, pasukan yang sama selepas itu melancarka­n tiga serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat untuk menangkap baki anggota sindiket terbabit.

“Dalam operasi itu, kami menahan lima lagi suspek termasuk seorang warga Thailand yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau untuk siasatan lanjut.

“Tujuh kenderaan mewah termasuk Honda Odyssey, Nissan Fairlady dan Chevrolet Colorado disita,” katanya.

 ??  ?? HASANUDDIN (tengah) bersama pegawai menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPK Kelantan, semalam.
HASANUDDIN (tengah) bersama pegawai menunjukka­n dadah yang dirampas pada sidang media di IPK Kelantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia