Harian Metro

Sorok diri lepas cedera

- Nur Saliawati Salberi nursaliwat­i@nstp.com.my

Seorang murid lelaki tahun empat melecur di bahagian muka dan tangan selepas terkena percikan api daripada belerang mercun bola yang dibakarnya dalam kejadian di Pantai Belimbing di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Muhammad Haziq Hasrizam, 10, bermain mercun seorang diri di halaman rumahnya sebelum tiba-tiba api menyambar tangan dan muka.

Bapanya Hasrizam Hasan, 36, berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya.

Katanya, bimbang dimarahi, anaknya itu pada awal kejadian bersembuny­i dalam bilik air sebelum disedari kakaknya.

“Saya yang ketika itu berada di tempat kerja tidak jauh dari rumah terus bergegas pulang dan membawanya ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut.

“Tidak lama selepas itu, dia dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaa­n dan pemantauan lanjut oleh pakar.

“Saya bersyukur kerana tiada perkara buruk atau kecederaan parah dialaminya,” katanya ketika ditemui.

Hasrizam berkata, anaknya berada dalam keadaan stabil kini sudah dibenarkan pulang oleh pegawai perubatan, tetapi perlu berjumpa dengan doktor pakar pada temu janji akan datang.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, kanak-kanak itu adalah mangsa pertama bermain mercun di Melaka tahun ini.

“Diharap pada musim perayaan ini, ibu bapa dapat memerhatik­an anak agar mereka tidak memperoleh bekalan mercun sekali gus bermain dan saya harap ini kes pertama dan terakhir dilaporkan di negeri ini,” katanya. Kuala Lumpur: Aroma manis gula dan masam cuka yang diadun bersama pelbagai jenis ulam-ulaman serta berwarna-warni memikat sesiapa saja yang melalui gerai milik Asmani Salleh, 35, di Bazar Ramadan Nu Sentral di sini.

Malah, bekas yang penuh berisi pelbagai jenis kerabu yang dijual oleh Asmani itu pasti membuatkan sesiapa saja tertarik untuk mencuba.

Asmani atau mesra dipanggil Kak As berkata, gerainya menawarkan empat jenis kerabu iaitu mangga, betik, mi segera dan suhun yang menggunaka­n resipi ciptaannya sendiri.

“Sebenarnya ini kali pertama saya menjual kerabu pada Ramadan dan tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan.

“Sejak awal Ramadan, setiap hari saya menjual kira-kira 80 bungkus kerabu pada harga RM7 sebungkus. Alhamdulil­lah, ada antara kerabu ini habis dijual sebelum waktu berbuka,” katanya.

Selain itu, menu sampingan dijual Asmani adalah nasi kerabu, pulut mangga, rojak buah, nasi campur, nasi ayam dan laksa Thailand.

Menurutnya, proses menyediaka­n kerabu tidak rumit tetapi perlu menggunaka­n bahan segar agar hidangan itu tidak cepat basi selain menjamin kualiti dan keenakan makanan.

“Antara kelainan pada kerabu saya adalah sambalnya dihasilkan sendiri. Selain itu, saya tambah hirisan jagung untuk menjadikan­nya lebih enak.

“Bagi mengekalka­n keaslian makanan Thailand, mi segera yang digunakan dibeli dari negara itu. Mi dan kerabu yang sebati menyebabka­n ramai pelanggan terpikat,” katanya.

 Budak disambar api belerang mercun bola takut dimarahi ibu bapa

 ??  ?? MMUHAMMAD Haziq yang melecur di muka dan tangan terkena percikan api mercun bola.
MMUHAMMAD Haziq yang melecur di muka dan tangan terkena percikan api mercun bola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia