Harian Metro

Resipi terpadam ‘kerbau guling’

-

Kuala Nerang: Sejak tular di media sosial, kuih kerbau guling yang dijual sepasang suami isteri di bazar Ramadan Pekan Kuala Nerang habis terjual dalam tempoh 30 minit setiap hari.

Peniaga kuih, Mardiah Baharom, 38, berkata, dia dan suaminya, Amir Yusof Abu Bakar, 39, sudah lama memperoleh resipi daripada rakan mereka di Golok, Thailand tetapi takut untuk menjualnya.

Katanya, sejak kuih kerbau guling atau nama di Thailand ‘Khanumpiak­pundam’ itu tular di laman sosial, mereka akhirnya memberanik­an diri untuk menjualnya di bazar Ramadan malah tidak menyangka akan mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan di sekitar Kuala Nerang.

“Kuih ini tidak ubah seperti kuih kaswi tetapi rasanya berbeza dan ia lebih liat selain mengeluark­an aroma bau arang tempurung kelapa yang digunakan ketika makan.

“Sekarang kami dah ada pelanggan tetap yang datang untuk membeli kuih kerbau guling kerana mereka berpuas hati dengan kuih ini selain pelbagai jenis kuih talam yang kami jual di sini.

“Baru letak saja kuih kerbau guling ni di atas meja, ada pelanggan yang datang membelinya sampaikan dalam tempoh 30 minit, habis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Machang di sini, semalam.

Mardiah berkata, setiap hari dia dan suaminya akan menghasilk­an empat talam kuih kerbau guling yang ukuran talamnya berukuran 55.8 sentimeter dan mampu menghasilk­an lebih 200 paket kuih berkenaan.

Katanya, setiap paket itu dijual pada harga RM2 satu dan harganya cukup berbaloi dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Proses menghasilk­an kuih kerbau berguling ini agak rumit sedikit iaitu dari mula membakar tempurung selama 10 minit untuk menghasilk­an arang sebelum dikisar untuk diambil air.

“Selepas itu, arang yang siap dikisar itu kemudian ditapis sebanyak tiga kali untuk mengasingk­an hampas supaya kuih yang dihasilkan kelihatan lembut,” katanya.

 ??  ?? AMIR Yusof memotong kuih kerbau guling sebelum dipek untuk dijual pada harga RM2 satu.
AMIR Yusof memotong kuih kerbau guling sebelum dipek untuk dijual pada harga RM2 satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia