Harian Metro

SEDIA 300 JUADAH

- Haryani Ngah aryani@bh.com.my

PWTC tawar bufet berbuka puasa berkonsep pasar malam

Bersempena Ramadan ini, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyediaka­n bufet berbuka puasa berkonsepk­an pasar malam dari 17 Mei hingga 13 Jun depan.

Bufet bertemakan Selera Ramadan di PWTC menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 gerai makan.

Harga bufet Selera Ramadan ini adalah RM83 bersih untuk dewasa, RM71 bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun berharga RM42.50.

Bagi pelanggan yang membeli baucar sebelum 16 Mei, PWTC menawarkan harga istimewa RM75 bersih seorang.

Antara menu yang disediakan di 24 gerai di Selera Ramadan ini termasukla­h apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti John, aneka kuih-muih Melayu, roti canai, murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang dan cucur pisang.

Turut disediakan, sate, yong taufu, cakoi, tauhu bakar, rojak, rojak buah, air tebu dan air mata kucing. Selain menu pasar malam itu, Cef Eksekutifn­ya, Suzaini Mohamed Salih turut menghidang­kan pelbagai menu istimewa ala kampung yang bertukar setiap hari.

Sambil menikmati hidangan berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh kumpulan Picha-Picha.

Sebagai kemudahan, pengunjung boleh menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih di Surau Ar-Rahman di Aras 3, PWTC.

Untuk tempahan atau pembelian baucar bufet Selera Ramadan @PWTC boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2 PWTC atau hubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701/6702 atau 0326146262.

 ??  ?? PWTC menawarkan pelbagai hidangan enak sepanjang bulan puasa.
PWTC menawarkan pelbagai hidangan enak sepanjang bulan puasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia