Harian Metro

SAJIAN PELBAGAI BUDAYA

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Seasons Coffee House tawar 130 hidangan bufet untuk dinikmati

Nikmati keenakan rasa makanan daripada pelbagai budaya negara ini di Seasons Coffee House, Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur sempena Ramadan ini. Dengan lebih 130 hidangan merangkumi pembuka selera sehingga pencuci mulut, anda pasti gembira menikmatin­ya bersama keluarga dan rakan tersayang.

Antara hidangan menarik yang boleh dicuba asam laksa, sup gearbox, ikan cencaru panggang daun pisang dengan sambal udang kering, nyonya daging dendeng rendang hijau, shawarma ayam, murtabak, ayam masak tomato kacang peas, gulai pedas daging rusa sri pinang, ikan siakap masak tempoyak Temerloh, daging batang pinang goreng halia dan sebagainya.

Pembuka selera seperti pilihan salad, sushi dan maki, aneka ulam-ulaman tradisiona­l serta kerabu juga disediakan.

Gerai goreng-gorengan menyajikan sukun, cempedak, nangka, ubi kayu dan ubi keledek goreng turut menarik untuk dikunjungi.

Selain itu, jangan lupa mencuba bubur lambuk selain aneka rasa lauk-pauk di gerai muhibah nasi seperti kari ikan bawal mamak dengan bendi, ayam masak kari kentang utara, gulai ikan keli salai minang, nasi beriani gam ayam dan banyak lagi.

Rasai juga pencuci mulut menyegarka­n seperti air batu campur, bubur kacang hijau dengan durian, pulut hitam, pengat ubi, pengat jagung, bubur cha cha, cendol, aneka puding, agar-agar dan pelbagai jenis buah-buahan.

Bufet Ramadan ini berharga RM98 untuk dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak.

Hubungi 03-26978888 sambungan

8819 atau e-mel ke fb@grandseaso­ns.com untuk tempahan mahupun keterangan lanjut.

 ??  ?? KAMBING bakar pasti membuka selera berbuka puasa.
HIDANGAN bufet Ramadan ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak.
KAMBING bakar pasti membuka selera berbuka puasa. HIDANGAN bufet Ramadan ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia