Harian Metro

SAJIAN LAZAT

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 De Palma Eco-Resort Kuala Selangor tawar hidangan berbuka terbaik

De Palma Eco-Resort Kuala Selangor menyajikan hidangan berbuka yang lazat dan pasti sesuai dengan citarasa semua menerusi tema

Justeru, pengunjung bolehlah menikmati masakan disajikan dalam konsep bufet dan gerai.

Promosi ini disediakan pada setiap hari dan menerapkan masakan pelbagai termasuk kampung, India, Cina, Malaysia dan Barat.

Dengan tema

hotel ini menawarkan hidangan tradisiona­l kampung dan warisan Melayu yang enak seperti ikan mabong masak berlada, daging masak hitam, kari kambing bersama ubi kentang, gulai ikan masin bersama nanas, daging rendang minang, limpa masak berlada dan banyak lagi.

Menu akan diubah pada setiap hari dan untuk promosi, terdapat gerai yang terletak di sekitar Malawati Grand Ballroom.

Satu daripada gerai itu ialah kambing bakar di mana pengunjung dapat rasai keenakan daging kambing empuk dan jus yang digaul dengan herba dan rempah asli.

Pengunjung juga boleh mengunjung­i gerai Penang char kuey teow, sate ayam dan daging serta gerai pisang goreng dan cucur udang.

Selain itu, tarikan utama Ramadan ini ialah masakan Asia, iaitu bakso dari Indonesia, ikan bakar

Manila dari Filipina dan nasi ayam Hainan dari Singapura.

Selain itu, lok-lok bebola makanan laut, asam pedas kawah kuala, kambing panggang, mi, murtabak dan roti canai.

Pelbagai minuman, buah-buahan dan pemanis mulut juga disediakan. Bufet ini berharga RM49.90 untuk orang dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah manakala khas buat warga emas berumur 60 tahun ke atas diskaun 20 peratus diberikan.

De Palma Eco-Resort Kuala Selangor juga menawarkan Pakej

Istimewa Ramadan iaitu promosi bilik berharga RM230 (Superior Twin Sharing) termasuk bufet Ramadan dan sahur untuk dua orang.

Hotel turut menawarkan satu bilik berharga RM130 untuk digunakan antara jam 5 petang hingga 10 malam, termasuk bufet Ramadan untuk seorang.

Terdapat juga harga istimewa untuk 10 hari terakhir Ramadan khas bagi menunaikan Qiamullail yang berharga RM100 termasuk satu bilik untuk digunakan antara jam 10 malam hingga 8 pagi dan sahur untuk dua orang.

Bagi mereka yang ingin menganjurk­an acara istimewa dengan anak-anak yatim, hotel ini menawarkan harga istimewa dengan harga RM20 untuk kanak-kanak dan RM40 bagi dewasa.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Rosmawati di talian

03-3289 7070 atau buat tempahan e-mail ramadan.kualaselan­gor@ depalmahot­el.com.

 ??  ?? GERAI kambing bakar turut disediakan untuk pengunjung menikmati keenakan daging kambing empuk.
GERAI kambing bakar turut disediakan untuk pengunjung menikmati keenakan daging kambing empuk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia