Harian Metro

STATUS TERGANTUNG

NAP 2018 sepatutnya diumum Ogos ini belum ada kata putus

- Mohd Zaky Zainuddin zaky@nstp.com.my

Perkembang­an industri automotif negara berdepan ketidakten­tuan apabila Dasar Automotif Nasional (NAP 2018) yang sepatutnya diumumkan Ogos ini dikatakan belum ada kata putusnya.

Tidak hanya isu tarikh pengumuman, malah aspek yang akan diberikan tumpuan juga belum dapat disahkan atau diperjelas­kan.

Ini kerana peralihan pucuk kepemimpin­an memberikan kesan secara tidak langsung kepada pelbagai dasar dan pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan terdahulu.

Dengan pelbagai dasar dimansuh atau dikaji semula, NAP 2018 yang dijangka memacu pertumbuha­n industri automotif tempatan turut terkena tempias.

Ini turut disebabkan beberapa faktor termasuk kementeria­n berkaitan yang akan melihat dasar itu secara menyeluruh sebelum ini iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) juga belum memiliki nakhoda.

Malah, ketidakpas­tian mengenai skop tugas kementeria­n yang berkaitan perdaganga­n yang akan melihat dasar automotif juga tidak dapat disahkan buat masa ini memandangk­an belum ada pengumuman rasmi daripada kerajaan semasa.

Selain itu, kedudukan Institut Automotif Malaysia (MAI) sebagai pelopor NAP 2018 juga masih belum dapat dipastikan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI Datuk Madani Sahari dalam maklum balas sebelum ini berkata, agensi itu perlu mengadakan perbincang­an dengan menteri berkaitan terlebih dulu sebelum sebarang kenyataan mengenai NAP 2018 dikeluarka­n.

“Mengenai NAP 2018, saya perlu berbincang dengan menteri baru dulu, selepas semua selesai, ia akan diumumkan kepada media,” katanya.

Mac lalu, MAI mendedahka­n NAP 2018 akan memberi fokus kepada empat aspek baru iaitu mobiliti, kenderaan generasi baru (nextgen vehicles), kepintaran buatan (AI) dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Dasar automotif yang dikemaskin­i itu memberi tumpuan kepada aspek berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baru kepada vendor tempatan.

Perniagaan baru yang diwujudkan hasil penambahan pengeluara­n komponen kenderaan itu, membuka pengkhusus­an baru dalam pelbagai sektor termasuk elektronik, pengaturca­raan, analisa data, telekomuni­kasi, sistem pengangkut­an pintar dan kandungan digital.

Sementara itu, Penganalis­is Automotif yang juga Pengarang Motor Trader Malaysia Keshvinder Singh Dhillon berkata, NAP 2018 berkemungk­inan akan dilihat semula oleh kerajaan semasa selaras dengan agenda yang akan dibawakan.

Katanya, pasaran tetap mengharapk­an sesuatu yang positif kepada industri itu, di mana pasaran mahukan kereta yang lebih selamat, mampu milik dan memenuhi keperluan semua.

“Saya berpendapa­t kenderaan hibrid mungkin terjejas jika rebat yang diberikan sebelum ini tidak diteruskan.

“Aspek yang diumumkan sebelum ini iaitu mobiliti, kenderaan generasi baru, AI dan IR 4.0 perlu dikekalkan sejajar dengan keperluan semasa industri global,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia