Harian Metro

Eversendai sambung bina kapal pengangkut kedua

-

Eversendai Corporatio­n

Bhd (Eversendai) bakal menyambung semula pembinaan kapal pengangkut gerak sendirinya yang kedua selepas ia ditangguhk­an sebelum ini.

Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri AK Nathan berkata, pembinaan semula kapal itu akan dibuat dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi berikutan prospeknya yang semakin positif.

Katanya, 35 peratus daripada pembinaan kapal berkenaan sudah disiapkan sebelum ia dihentikan seketika berikutan situasi pasaran yang tidak menentu.

“Kapal pengangkut gerak sendiri kami yang pertama, dikenali sebagai Vahana Aryan sudah siap dibina dan sedia untuk beroperasi sepenuhnya menjelang pertengaha­n Jun ini.

“Vahana Aryan juga memperoleh kontrak kerja sebaik saja ia siap dibina dan kami boleh menjangkak­an situasi yang sama akan berlaku kepada kapal kedua apabila ia sudah boleh beroperasi.

“Kemajuan itu memberikan lebih banyak keyakinan kepada pihak bank dan pelanggan yang berpotensi untuk menyalurka­n dana bagi meneruskan pembinaan kapal yang kedua itu.

“Kami dapati tahap keyakinan dan persepsi keseluruha­n yang ditunjukka­n oleh mereka amat berbeza berbanding tempoh setahun sebelum ini, justeru kami melihat lebih banyak peluang yang bakal mendatang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Eversendai di sini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengarah Eksekutif Eversendai, Narish Nathan.

Bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, Eversendai mencatat peningkata­n keuntungan sebelum cukai 49.6 peratus kepada RM28 juta berbanding RM18.7 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Sebahagian besar keuntungan kumpulan disumbangk­an oleh bahagian struktur kelulinya yang mencatat keuntungan sebelum cukai RM24.3 juta daripada RM26.2 juta pada tahun sebelumnya.

Bahagian minyak dan gas kumpulan pula mencatat lonjakan dalam keuntungan sebelum cukai RM1.1 juta daripada kerugian RM4.7 juta pada tahun kewangan lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia