Harian Metro

Malaysia Airlines manfaat teknologi, digitisasi

-

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines akan memanfaatk­an teknologi dan digitisasi untuk mengurangk­an kesan kemeruapan harga minyak dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group (MAG) Izham Ismail berkata, sebanyak 43 inisiatif bahan bakar dilaksanak­an dalam usaha mencapai jumlah penjimatan ditetapkan.

“Sasaran penjimatan yang ditetapkan adalah RM220 juta dan kami melaksanak­an 43 inisiatif dalam usaha mencapai sasaran berkenaan.

“Kami akan meneruskan inisiatif itu sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, antara inisiatif dijalankan adalah memperkena­lkan aplikasi MH Fuel Messenger dan MH Ops yang berupaya meningkatk­an keberkesan­an operasi.

“Bagaimanap­un, isu keselamata­n adalah perkara paling utama yang ditetapkan dalam mencapai kos operasi lebih berkesan,” katanya.

Syarikat penerbanga­n itu dimiliki dan diuruskan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak September 2015.

MAB merekodkan peningkata­n hasil daripada penumpang 6.6 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac 2018 (Q12018).

Pencapaian itu dapat dicatatkan biarpun berdepan persaingan sengit di peringkat antarabang­sa dan domestik.

Selain itu, perolehan tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (RASK) turut mencatat pertumbuha­n sihat 3.5 peratus tahun ke tahun manakala jumlah perolehan juga berkembang 2.0 peratus tahun ke tahun.

Menurutnya, untuk tempoh berkenaan, ia menyaksika­n Malaysia Airlines menggantik­an operasi pesawat A380 dengan A350-900 bagi laluan London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia