Harian Metro

Latihan persediaan bantu orang gemuk

-

London: Masalah obesiti yang semakin meningkat di Britain menyebabka­n jabatan bomba dan anggota paramedik negara itu membuat persediaan untuk berdepan situasi menyelamat mangsa yang mempunyai berat badan berlebihan.

Bagi berdepan situasi seperti itu, pasukan penyelamat menggunaka­n patung seberat 250 kilogram untuk latihan simulasi menyelamat.

Patung yang diisi batu dan bebola besi itu direka supaya ia mempunyai berat seperti manusia yang tidak sedarkan diri, hampir sama seperti situasi menyelamat sebenar.

Daily Mail melaporkan, patung latihan paling berat yang digunakan pasukan penyelamat adalah seberat 250 kilogram dan berharga kira-kira £2,433 (RM13,000).

Suku daripada golongan dewasa di Britain kini mengalami masalah obesiti, bermakna mereka mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 30. Bagi lelaki setinggi 1.8 meter, berat mereka mencecah 105 kilogram.

Syarikat Ruth Lee Ltd dari North Wales yang menjual patung berkenaan memberitah­u, mereka juga mempunyai pelanggan termasuk rumah pengurusan mayat, kapal persiaran dan syarikat penerbanga­n.

Pengurus jualannya, Sarah Hampson berkata, patung itu penting supaya pasukan penyelamat boleh berlatih berdepan situasi di mana setiap saat adalah sangat penting.

“Kejadian seperti kebakaran apartmen Grenfell menunjukka­n pentingnya mempunyai pelan pengosonga­n yang baik.

“Tiada gunanya mempunyai sesuatu pelan tetapi anda tidak yakin ia dapat dilakukan atau tidak. Sebagai contoh, hospital boleh mempunyai bilik bedah di tingkat lima.

“Sekiranya berlaku kebakaran dan lif tidak berfungsi serta anda mempunyai pesakit yang sangat obes, apa yang patut anda lakukan? Jawapannya, letakkan pesakit di atas helaian plastik tugas berat dan menggelong­sor turun melalui tangga,” katanya. - Agensi

 ??  ?? ANGGOTA bomba menggunaka­n patung seberat 250 kilogram ini untuk satu latihan menyelamat. - Agensi PATUNG latihan seberat 250 kilogram ini semakin mendapat permintaan daripada rumah pengurusan mayat, kapal persiaran dan syarikat penerbanga­n. - Agensi
ANGGOTA bomba menggunaka­n patung seberat 250 kilogram ini untuk satu latihan menyelamat. - Agensi PATUNG latihan seberat 250 kilogram ini semakin mendapat permintaan daripada rumah pengurusan mayat, kapal persiaran dan syarikat penerbanga­n. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia