Harian Metro

Layanan kelas pertama untuk Jong-un

-

Singapura: Kebiasaann­ya tidak sampai tiga pesawat berlepas dari Pyongyang ke Singapura sehari dan semalam, satu daripadany­a Ilyushin-62 buatan Russia yang sudah usang iaitu pesawat peribadi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Ilyushin-62 itu secara rasmi dikenali sebagai ‘Chammae-1’ atau ‘Goshawk-1’ atau ‘Air Force Un’ namun persoalann­ya adakah Jong-un berada dalam pesawat itu.

Pemimpin Korea Utara itu tidak menaiki Ilyushin-62 untuk ke Singapura semalam, bagi menghadiri persidanga­n dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sebaliknya menaiki pesawat Boeing 747 milik Air China.

Menurut data Flightrada­r24, pesawat itu menggunaka­n nombor penerbanga­n CA122 untuk penerbanga­n dari Pyongyang ke Beijing, namun ketika di udara, ia menukar nombor penerbanga­nnya kepada CA061 dan terbang menuju selatan.

Pesawat itu mendarat di Singapura dan Jong-un disambut Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishn­an, yang kemudian menyiarkan di Twitter gambarnya berjabat tangan dengan Jong-un.

Limosin membawa pemimpin Korea Utara itu bersama konvoi 20 kenderaan, termasuk ambulans, ke hotel penginapan­nya, St Regis.

Selain jurukamera Korea Utara yang merakam seluruh perjalanan, ratusan penduduk Singapura beratur di tepi jalan bagi merakam limosin Mercedes Benz hitam dengan tingkap gelap sepenuhnya, sesuatu yang biasanya tidak dibenarkan di Singapura walaupun perdana menteri.

>>Wartawan dan jurugambar memenuhi kawasan di depan Hotel St Regis

Wartawan dan jurugambar memenuhi kawasan di depan Hotel St Regis. Selain tiga gambar rasmi yang disiarkan kerajaan Singapura, tiada gambar lain Jong-un di Singapura.

Harga bilik St Regis yang tidak jauh dari kawasan beli-belah Orchard Road bermula pada $240 (RM957) semalam.

Namun, di tingkat ke-20, terletak Suit Presiden seluas 335 meter persegi yang menjadi bilik penginapan Jong-un. Laman web hotel itu tidak menyatakan harganya namun suit yang sama di St Regis New York ialah AS$35,000 (RM139,597) semalam.

Semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, kerajaan negara itu membelanja­kan kira-kira AS$20 juta (RM60 juta) bagi menganjurk­an persidanga­n Jong-un dengan Trump dengan separuh perbelanja­an untuk keselamata­n. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia