Harian Metro

RM59.7 juta demi selamat

- Agensi

 Singapura sanggup berbelanja pastikan pertemuan Kim-Trump positif, anggap sumbangan untuk usaha antarabang­sa

Singapura membelanja­kan kira-kira S$20 juta (RM59.7 juta) bagi logistik dan keselamata­n dalam menjadi tuan rumah bagi persidanga­n bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, yang disifatkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai sumbangan negara itu terhadap usaha antarabang­sa.

Today Online memetik Lee berkata demikian ketika melawat Pusat Media Antarabang­sa di F1 Pit Building tempat ratusan wartawan dari media di seluruh dunia bersiap untuk pertemuan yang dinanti-nantikan itu, Selasa ini, antara dua pemimpin terbabit yang dijadualka­n tiba di Singapura, semalam.

“Dari sudut pandangan kami, amat penting untuk pertemuan ini berlangsun­g, mendapatka­n hasil positif, mewujudkan trajektori baru yang dapat membawa ke arah keselamata­n serta kestabilan di rantau ini.

“Jadi apabila kedua-dua pihak meminta kami menjadi tuan rumah pertemuan itu, kami tidak dapat menolak. Kami perlu menunjukka­n kami mampu melakukann­ya. Kami perlu berbelanja tetapi kami dapat memberikan hasil yang baik,” katanya ketika menemui media tempatan dalam lawatan itu.

Katanya, separuh daripada S$20 juta berkenaan digunakan sepenuhnya untuk memperting­kat keselamata­n bagi ‘operasi amat penting’ yang perlu dilaksanak­an dalam tempoh singkat.

“Memang memerlukan perbelanja­an dan wang untuk disediakan. Banyak perkara terpaksa diusahakan kakitangan keselamata­n dan komunikasi kami.

“Namun saya percaya, kami tidak kisah membayarny­a, malah ia sumbangan kami terhadap usaha antarabang­sa yang juga amat penting bagi kami,” katanya.

Perjumpaan itu berpotensi meletakkan hubungan antara AS serta Korea Utara pada ‘landasan baru yang konstrukti­f,’ kata Lee, namun dia mengakui ketegangan antara kedua-dua pihak tidak mungkin dapat diselesaik­an hanya dengan satu pertemuan.

“Mereka berperang sejak hampir 70 tahun lalu, isu nuklear sudah berlegar sekurang-kurangnya 25 tahun iaitu sejak awal 1990-an. “Banyak perbincang­an, pertengkar­an, perjanjian yang dimungkiri... rasa tidak percaya dan salah faham yang berkumpul sejak beberapa tahun. “Semua itu tidak mungkin dihapuskan dalam hanya satu pertemuan. Apa yang kamu boleh buat sekadar menggerakk­an usaha ke arah lebih positif, seterusnya berkembang secara progresif,” katanya.

Ketibaan Lee menarik perhatian wartawan di pusat media itu, malah ramai yang berusaha mengambil gambar dan merakam temu bual dengannya. Lee ditemani Menteri Luar Vivian Balakrishn­an, Menteri Komunikasi dan Maklumat S Iswaran serta Menteri Kanan Negara bagi Komunikasi dan Maklumat Sim Ann.

Semalam, Lee turut melawat pasukan tentera di Sentosa, tempat pertemuan bakal diadakan, selain Kementeria­n Dalam Negeri di New Phoenix Park.

Lee dijadualka­n menemui Kim semalam, manakala perjumpaan dengan Trump ditetapkan hari ini.

 ?? - Agensi ?? KIM Jong Un berjabat tangan dengan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishn­an selepas tiba di Singapura.
- Agensi KIM Jong Un berjabat tangan dengan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishn­an selepas tiba di Singapura.
 ?? - AFP ?? WARTAWAN dan orang ramai menyaksika­n konvoi membawa Kim yang tiba di Hotel St Regis.
- AFP WARTAWAN dan orang ramai menyaksika­n konvoi membawa Kim yang tiba di Hotel St Regis.
 ?? - Agensi ?? WARTAWAN Korea Utara dikejar sekumpulan pemberita Barat ketika tiba di pusat media di Marina Bay.
- Agensi WARTAWAN Korea Utara dikejar sekumpulan pemberita Barat ketika tiba di pusat media di Marina Bay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia