Harian Metro

Latihan selamatkan jururawat dipatuk ular

-

Sydney: Jururawat Australia terselamat daripada maut selepas dipatuk ular paling berbisa di dunia menggunaka­n latihan perubatan untuk mengarahka­n penyelamat ketika beliau dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri.

Christian Wright, 33, dipatuk di kaki oleh ular berwarna coklat di kawasan terpencil Taman Negara Karijina kira-kira 1,400 kilometer ke utara Perth di Western Australia bulan lalu.

“Saya melihat kaki, tiada kesan tusukan. Tiada darah, tidak bengkak, tiada apa-apa.

“Penglihata­n saya mula kabur. Saya tahu saya akan pengsan,” kata Wright kepada stesen penyiar komersil, Channel Seven, semalam.

Beliau menjerit kepada rakannya, Alex Chia, yang ternampak Wright hampir pengsan.

“Beliau menggeleta­r, berpeluh dan kemudian semakin berat.

“Kami berada di jurang dalam, 30 meter tinggi dan tiada siapa kelihatan. Paling teruk, berada di depan jasadnya yang tidak sedarkan diri,” kata Chia kepada akhbar The West Australian.

Sepasang suami isteri mendengar teriakan mereka meminta tolong dan menghubung­i perkhidmat­an kecemasan dengan telefon satelit. Mereka merawat kaki Wright dengan mendengar arahan mangsa.

Seorang anggota renjer yang pertama tiba di lokasi kejadian, diikuti paramedik dan penyelamat lain.

Namun penderitaa­n Wright belum berakhir, renjer terpaksa mendapatka­n bantuan 20 pelancong berhampira­n untuk membawa jururawat itu keluar dari kawasan mencabar menggunaka­n pengusung dengan memastikan kedudukan kepalanya lebih tinggi berbanding kaki.

Mereka mengambil masa lebih sejam membawanya ke ambulans sebelum dibawa ke hospital sejauh kira-kira 75 kilometer dan diberikan antibisa untuk menghalang bisa ular. –AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia