Harian Metro

Priyanka Chopra mohon maaf

-

Bintang Bollywood terkenal, Priyanka Chopra hari ini memohon maaf selepas kemarahan tercetus berhubung siri televisyen Amerika Syarikat menunjukka­n beliau mendedahka­n plot keganasan yang ditimbulka­n pelampau Hindu di India.

Dalam satu episod drama ‘Quantico’ menunjukka­n karakter Chopra, ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) bernama Alex Parrish, menggagalk­an pelan itu dan menyedari seorang daripada pengganas memakai lambang Hindu.

Pengganas cuba memerangka­p Pakistan bagi serangan yang dirancang menjelang sidang kemuncak mengenai Kashmir, wilayah Himalaya yang menjadi rebutan dan didakwa India dan Pakistan sebagai hak mereka.

Episod berkenaan, yang ditayangka­n pada 1 Jun lalu, mencetuska­n kemarahan di India dengan ramai peminat menggunaka­n media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar

(gambar),

beliau ‘pengkhiana­t’.

Chopra, yang juga bekas Ratu Dunia berkata, beliau berbangga sebagai rakyat India dan tidak akan berubah.

“Saya amat sedih dan meminta maaf kerana sentimen yang kecewa dengan episod dalam Quantico.

“Ia bukan niat saya. Saya benar-benar minta maaf,” kata aktres berusia 35 tahun itu dalam akaun Twitter.

Penerbit drama jenayah itu, ABC Studios, juga memohon maaf tetapi mempertaha­nkan Chopra yang menjadi pelakon utama rancangan itu. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia