Harian Metro

Daniel dinobat juara keseluruha­n

-

Kuala Lumpur: Pemandu muda China, Daniel Cao melengkapk­an musim 2017 dengan kejayaan manis dinobat sebagai juara keseluruha­n selepas kejayaan membanggak­an di sepanjang Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara FIA 2017 tajaan PETRON yang berakhir April lalu.

Pemandu muda, Muizz Musyaffa dan Nazim Azman masing-masing turut menghadirk­an kegembiraa­n buat peminat tempatan apabila meraih kedudukan ke-3 kategori Rookie Terbaik dan Pemanduan Terbaik pada Anugerah Gala Meritus 2017 dipersemba­hkan oleh PETRON yang berlangsun­g di Pusat Penyiaran All Asia Astro, Bukit Jalil, kelmarin.

Bakat Muizz, 16, nyata menyerlah dengan dua kejayaan podium di litar Sepang pada pusingan akhir lepas. Bagi Muizz, kejayaan mendaki pentas malam kelmarin pastinya menyuntik semangat untuk menghadapi musim baru 2018 yang lebih getir.

Nazim, 17, yang juga berlumba dalam saingan di Eropah, terpilih menjuarai kategori Pemanduan Terbaik selepas kejayaan manis memenangi pusingan pembukaan F4 SEA yang diadakan sebagai perlumbaan sokongan GP F1 pada Oktober 2017.

Selain Kejuaraan Keseluruha­n, Cao juga meraih kejayaan berganda selepas memenangi kategori Lap Terpantas yang dicatat di Litar Antarabang­sa Sepang.

Anugerah Gala MERITUS dianjurkan buat kali kedua sebagai meraikan dan memperakui pemandu muda terbaik yang bersaing pada Kejuaraan F4 SEA yang berlangsun­g selama lapan bulan merangkumi di Litar Sepang, Thailand dan Filipina.

Cao, yang menjuarai tujuan kejayaan podium sepanjang musim ini mengetepik­an cabaran pemandu Thailand, Kane Shepherd dan pemandu muda Belgium, Ugo de Wilde yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga keseluruha­n. Hasil kejayaan itu juga membolehka­n Cao meraih 12 mata Lesen Super FIA.

“Saya amat bertuah dapat memenangi gelaran juara keseluruha­n ini kerana pemandu lain semuanya hebat. Saya berterima kasih kepada Peter Thompson yang menganjurk­an saingan F4 ini dan rancangan kini ialah untuk berlumba dalam saingan lebih tinggi termasuk perlumbaan Renaul Asia dan Formula 3,” kata Cao.

Selain kedudukan kedua dalam kategori Kejuaraan Keseluruha­n, Shepherd dinobat sebagai Rookie Terbaik mengetepik­an saingan pemandu Jepun Hibiki Taira dan Muizz.

Dalam pada, hasil kejayaan cemerlang musim lepas, Muizz juga meraih kejayaan berganda apabila dianugerah­kan ganjaran biasiswa untuk meneruskan usaha memajukan diri dalam sukan pemotoran.

“Saya pun tidak menyangka dengan apa yang saya capai dalam F4 musim lepas. Juga, saya amat berterima kasih dianugerah­kan Biasiswa-SIC yang membolehka­n saya untuk terus berlumba pada musim 2018 yang akan bermula Julai ini. Saya akan berkerja keras memastikan persiapan rapi bagi menghadapi musim 2018 termasuk dalam soal stamina,” kata Muizz.

Terdahulu, Promoter F4 SEA dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Auto Sport Action (AAA) Peter Thompson optimis dengan masa depan Kejuaraan F4 SEA dan berkata, ia bukan setakat membantu melahirkan pemandu muda tetapi juga bakat baru dalam bidang lain termasuk juruteknik, mekanik, jurutera, jurukamera, wartawan dan penerbit TV.

 ??  ?? DANIEL (kanan) bersama trofi dimenangi.
DANIEL (kanan) bersama trofi dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia