Harian Metro

Mohon ikut jejak Azim

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Sathianath­an harap Annuar berundur daripada merebut jawatan Presiden FAM

Kalau Hamidin, beliau sudah biasa dan beliau juga bukan orang politik. Lagi pun beliau sudah lama dan tahu apa yang perlu

d ibuat

B Sathianath­an

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an mengharapk­an Tan Sri Annuar Musa mengikut jejak Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi untuk menolak pencalonan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sambil mengakui

Annuar memiliki kehebatan tersendiri dalam menguruska­n bola sepak, Sathianath­an bagaimanap­un menyifatka­n senario semasa menjadikan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai individu paling layak untuk menerajui badan induk itu. Sathianath­an berkata, kejayaan Annuar memacu Kelantan mengecapi zaman kegemilang­an mereka beberapa tahun sebelum ini juga tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana menguruska­n bola sepak di peringkat negara sangat berbeza dengan negeri atau kelab.

“Saya harap begitu (Annuar tolak pencalonan). Masa di Kelantan beliau dikatakan penggerak utama kebangkita­n bola sepak negeri itu. Tapi ingat, menguruska­n FAM memang berbeza.

“Kalau Hamidin, beliau sudah biasa dan beliau juga bukan orang politik. Lagi pun beliau sudah lama dan tahu apa yang perlu dibuat. Satu lagi jangan lupa yang beliau mendapat sokongan daripada Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Hubungan baik FAM dan MFL sangat penting kerana kedua-duanya dianggap penggerak utama bola sepak negara,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Kelmarin, Azim yang juga Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membuat kejutan apabila menolak pencalonan­nya yang dibuat Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kerana ingin memberi fokus kepada tugas lain.

Ketika ini, hanya Annuar yang belum memberi jawapan mengenai pencalonan­nya selepas Hamidin mengesahka­n akan bertanding merebut kerusi panas itu pada Kongres Ke-54 FAM, 14 Julai depan.

Tarikh akhir untuk Annuar membuat keputusan sama ada menerima atau menolak pencalonan beliau adalah pada Khamis ini.

Selain itu, Sathianath­an menegaskan Annuar tetap boleh menyumbang sesuatu kepada bola sepak negara sekalipun menolak untuk menjadi presiden.

“Saya pernah bekerja dengan beliau (Annuar), saya tahu beliau ada kehebatan. Jika beliau tidak bertanding sekali pun, tapi jangan lupa yang idea dan nasihatnya untuk bola sepak negara perlu diambil kira,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia