Harian Metro

Import lulus ujian pertama

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

 Noureddine pamer aksi bertenaga selepas digandingk­an dengan pemain tempatan

Pemain import baru Perak, Jad Noureddine lulus ujian pertama ketika diturunkan menentang Negeri Sembilan di Stadium Perak, malam kelmarin apabila mempamerka­n aksi bertenaga.

Pemain Lubnan itu yang diambil menggantik­an Robert Cornwaithe berjaya mewujudkan gandingan mantap bersama Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Adnan.

“Persembaha­n meyakinkan. Pada mulanya saya bercadang menurunkan dia (Jad) untuk 70 minit saja tetapi memandangk­an dia perlukan pengalaman bermain dengan rakan baru, saya biarkan sampai habis,” kata Mehmet Durakovic dengan nada ceria selepas kejayaan 2-0 Perak ke atas pasukan Hobin Jang Hobin itu.

(gambar)

Durakovic memuji persembaha­n anak buahnya yang mempamer aksi menarik dan bertenaga malam tadi.

“Setiap pemain melaksanak­an tugas dan peranan dengan berkesan. Kami sudah dapat rentak permainan kami dan saya harap ia kekal hingga ke hujung musim,” katanya.

Pengendali dari Australia itu berkata, Perak sepatutnya menang dengan jurang gol lebih besar tetapi beberapa peluang gagal disudahkan.

“Ketika pertemuan pertama di Seremban pada Rabu lalu juga kami menguasai permainan tetapi dikecewaka­n penyudah lemah. Keadaan sama berlaku ketika kami menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum itu.

“Kami sepatutnya menang dengan empat atau lima gol,” ujarnya.

Pada perlawanan di Stadium Perak, Brendan Gan dan Leandro Da Silva melakukan sentuhan pemusnah pada minit ke-55 dan 84 untuk mengalahka­n Negeri Sembilan.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Perak, Gilmar Da Silva (kiri) diasak pemain Negeri Sembilan, Mohd Aizulridzw­an Razali dalam saingan Liga Super, kelmarin.
FOTO: PEMAIN Perak, Gilmar Da Silva (kiri) diasak pemain Negeri Sembilan, Mohd Aizulridzw­an Razali dalam saingan Liga Super, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia