Harian Metro

Aksi hambar di babak kedua hukum Melaka

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Kegagalan meneruskan rentak cemerlang aksi 45 minit babak pertama menyaksika­n Melaka United tenggelam punca hingga tewas 2-4 kepada Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, kelmarin.

Selepas cemerlang meledak gol pertama seawal minit kelima disusuli jaringan kedua pada minit ke-41 menerusi jaringan Ifedayo Olusegun, Melaka melangkah ke bilik persalinan dengan ceria apabila mendahului 2-1, namun aksi hambar mula dipamerkan di babak kedua.

Jurulatih Melaka, E Elavarasan berkata, sepatutnya kelebihan gol yang diperoleh mampu meningkatk­an motivasi pemain untuk lebih cemerlang, namun pelawat tampil dengan keyakinan berbeza untuk mendapatka­n tiga gol.

Beliau menyifatka­n anak buahnya kehilangan idea selepas lawan menyamakan kedudukan 2-2, sekali gus membuka ruang buat pelawat menambah dua lagi jaringan.

“Memang satu kerugian buat pasukan berikutan gagal meraih mata tambahan pula kami mendahului 2-1. Saya harap kekalahan ini menjadi pengajaran buat pemain,” katanya.

Pemain juga dilihat masih kekurangan idea untuk menambah jaringan ketika pelawat beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak kedua (m-69).

Dua percubaan terbaik Melaka menerusi Lee Chang Hoon (m-72) sekadar terkena tiang gol diikuti rembatan Yahor Zubovich pada minit ke- 79 yang tinggi melepasi palang gol.

Sementara itu, jurulatih KL, Maciel Da Silva berkata, beliau bangga dengan anak buahnya walaupun apa yang di rancang melalui sesi latihan sebelum ini tidak diterjemah sepenuhnya.

Katanya, mereka berjaya mengawal perlawanan terutama pada masa pertama, namun beberapa kesilapan yang dilakukan, digunakan tuan rumah untuk mencetak jaringan.

 ??  ?? PEMAIN Kuala Lumpur, Muhammad Syazwan Andik Ishak (kanan) mengasak pemain Melaka United, Nicholas Ryan Swirad pada perlawanan Liga Super, kelmarin.
PEMAIN Kuala Lumpur, Muhammad Syazwan Andik Ishak (kanan) mengasak pemain Melaka United, Nicholas Ryan Swirad pada perlawanan Liga Super, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia