Harian Metro

Misi besar Tunisia

-

Tunisia menempah tempat ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun selepas mengunggul­i kempen kelayakan.

Ia menjadi penampilan kelima Tunisia dalam kejohanan terbesar dunia itu dan misi terbesar skuad The Eagles of Carthage sudah pasti mengintai peluang mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama.

Tunisia mungkin tidak memiliki barisan pemain bertaraf lima bintang tetapi mereka boleh membuktika­n menjadi lawan berbahaya untuk bersaing dengan pasukan lebih hebat.

Mengatasi Mauritania 4-2 untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan zon Afrika, Tunisia terus mengunggul­i kempen kelayakan Kumpulan A yang turut disertai Congo, Libya dan Guinea.

Mereka mempamerka­n persembaha­n cemerlang sepanjang kempen kelayakan apabila tidak pernah kalah dalam semua enam perlawanan dan hanya melepaskan empat gol.

Namun, Tunisia yang dibimbing Nabil Maaloul dijangka berdepan tugas lebih berat untuk melepasi saingan peringkat Kumpulan G di Russia apabila diundi bersama Belgium, England dan Panama.

Cabaran terbesar Nabil sudah pasti perlu berdepan pasukan ketiga terbaik dunia, Belgium dan

England yang menduduki tangga ke-12 dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Kemampuan Tunisia yang menghuni tangga ke-21 dunia juga tidak boleh dipertikai apabila mereka tidak tewas dalam empat aksi persahabat­an terakhir dan salah satunya mengikat juara Eropah, Portugal 2-2 pada 29

Mei lalu.

Nabil hanya perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengelak daripada tercicir mata dalam dua aksi awal peringkat kumpulan apabila berdepan England dan Belgium pada 19 dan 23 Jun ini.

Selepas itu mereka mungkin tidak berdepan masalah untuk meraih mata penuh pada aksi terakhir berdepan pasukan ranking ke-55 dunia, Panama, 29

Jun ini.

 The Eagles of Carthage mahu lakar sejarah ke pusingan kalah mati buat kali pertama

memiliki sentuhan penyudah yang baik.

Sudah tampil 36 kali bersama

 ??  ?? MAALOUL SEIFEDDINE Khaou pemain tengah Tunisia. HAMDI Naguez berada di posisi pertahanan.
MAALOUL SEIFEDDINE Khaou pemain tengah Tunisia. HAMDI Naguez berada di posisi pertahanan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia