Harian Metro

Percaturan Southgate

-

Bola sepak Inggeris tidak lagi merangkul trofi Piala Dunia dalam tempoh 52 tahun sejak kali pertama trofi itu dibawa pulang ke negara terbabit oleh Bobby Charlton pada 1966.

Skuad ‘Three Lions’ itu memiliki sejarah yang panjang mengenai prestasi yang kurang memberangs­angkan pada kejohanan berprestij itu selain rekod sepakan penalti penentuan yang terburuk di dunia.

Sudah 12 tahun sejak kali terakhir England memenangi perlawanan di peringkat kalah mati dan jangkaan tinggi diletakkan terhadap pasukan yang memiliki potensi besar untuk beraksi di Russia itu nanti.

Pengendali­nya, Gareth Southgate bakal berdepan aksi peringkat kumpulan yang agak berisiko namun boleh dianggap bernasib baik apabila diundi bersama dua pasukan kerdil, Tunisia dan Panama selain pasukan yang diletakkan selaku pilihan untuk menjuarai Kumpulan G, Belgium.

Dengan skuad

England bagi edisi

Piala Dunia kali ini disifatkan hanya sederhana namun disebabkan tiada pemain ternama England yang beraksi di liga luar selain Liga Perdana Inggeris (EPL), ia situasi yang seharusnya difahami.

Skuad ini dilihat mempunyai beberapa pemain yang mampu menjadi ‘pengubah perlawanan’ seperti Harry Kane, Dele

Alli, Raheem Sterling dan Kyle Walker namun itu saja pemain yang memiliki kualiti sebegitu dalam kalangan 23 pemain yang dipilih.

Southgate menghimpun­kan skuad yang boleh dianggap antara termuda bagi edisi kali ini namun mereka memperagak­an prestasi terbaik dalam saingan EPL musim lalu.

Beliau memilih tiga penjaga gol muda iaitu Jordan Pickford, Nick Pope dan Jack Butland dan mengetepik­an penjaga gol veteran, Joe Hart.

England tidak pernah gagal dalam menghasilk­an pertahanan berkelas dunia seperti John Terry dan Rio Ferdinand namun kali ini, situasi pertahanan mereka sedikit merisaukan memandangk­an mereka tiada gandingan pertahanan yang benar-benar meyakinkan.

Di bahagian tengah, secara ringkasnya England memerlukan keajaiban untuk mengharapk­an persembaha­n sempurna dalam kalangan pemain yang dipilih

 Pilih muka baru ‘hiasi’ skuad Three Lions

dengan Jordan Henderson serta Eric Dier dijangka akan mengemudi bahagian tengah dan melindungi barisan pertahanan yang kurang berpengala­man.

Sementara itu, bintang muda Manchester United, Jesse Lingard yang memperagak­an aksi tidak konsisten namun rajin mungkin mengisi posisi nombor 10 di belakang penyerang.

Harry Kane pula antara nama yang disebut-sebut dapat menghangat­kan lagi saingan di Russia dan meskipun terlepas gelaran penjaring terbanyak EPL musim ini, kualitinya tidak dapat dipertikai­kan.

Digandingk­an bersama Jamie Vardy, dua penyerang terbabit meledak sebanyak

50 gol dalam saingan

EPL musim lalu.

 ??  ?? SOUTHGATE
ALLI MARCUS Rashford antara pemain muda England.
SOUTHGATE ALLI MARCUS Rashford antara pemain muda England.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia