Harian Metro

Kane perlu kerja keras

-

Kane adalah ‘budak poster’ England dan juga satu-satunya pemain bertaraf bintang dalam skuad Piala Dunia England namun penggempur Tottenham Hotspurs itu perlu bekerja keras untuk meraih kepercayaa­n mereka yang sangsi terhadap kemampuann­ya pada permulaan kariernya.

Dilahirkan lapan kilometer daripada White Hart Lane, Tottenham tidak perlu melihat terlalu jauh untuk mencari wira baharu Spurs namun dia mengharung­i perjalanan berliku untuk menempatka­n diri dalam pasukan utama.

Seteru utama Spurs, Arsenal tidak berminat untuk mendapatka­n khidmat Kane sewaktu dia masih remaja dengan pasukan itu menyifatka­n dia tidak cukup pantas dan tidak cukup kuat.

Masa berlalu pantas dan pada tahun 2018, penyerang berusia 24 tahun itu kini bakal menggalas tanggungja­wab besar negaranya untuk mengemudi England pada kempen Piala Dunia dengan berbekalka­n rekod 147 gol dalam tempoh empat musim bersama kelab dan juga negara.

Meskipun dipinjamka­n pada empat pasukan liga bawahan seperti Leyton Orient, Millwall, Norwich dan juga Leicester ketika remaja, Kane bergelut untuk menyerlah dan mencuri tumpuan pengendali pasukan terbabit.

Namun, mendapat inspirasi daripada kisah Tom Brady, yang menjadi pilihan ke-199 dalam draf Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL) kepada pemenang lima kali Super Bowl, Kane mengutamak­an perkembang­an fizikalnya untuk muncul sebagai pemain bertaraf dunia.

“Tom Brady percaya pada dirinya sendiri dan memiliki visi terhadap apa yang dia mahukan dalam hidupnya dan bekerja keras sehingga mencapai impian itu. Mungkin dia adalah antara pemain terhebat sepanjang zaman.

“Itulah yang saya mahu lakukan dan capai,” kata Kane.

Walaupun ramai yang melabelkan dia hanya mampu beraksi dengan cemerlang dalam semusim (one season wonder) seperti yang mula diperagaka­n pada 2014-15, namun dia kini sudah meledak lebih 30 jaringan buat pasukan dan negara bagi empat musim berturut-turut.

Seperti pemain seniornya yang lain, satu aspek yang dilihat masih kurang daripada karier menakjubka­n Kane adalah peranan tonggak dalam kejohanan utama bola sepak dunia.

Dia gagal menyerlah pada Kejuaraan Eropah 2016 apabila England tersingkir susulan diaibkan pasukan kerdil, Iceland.

Bagaimanap­un, dia kini beroleh peluang kedua untuk membuktika­n kemampuann­ya di pentas tertinggi bola sepak dunia dan harapan England akan bersandark­an kepada sejauh mana jaringan yang mampu dihasilkan­nya nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia