Harian Metro

Salah bawa khabar gembira NASIB ADA MBAPPE

- Reuters

Kaherah: Bintang Liverpool Mohamed Salah hadir ke sesi latihan pasukan Mesir di Kaherah menjelang penerbanga­n skuad Pharaohs ke Piala Dunia di Russia, namun tidak menyertain­ya.

Ribuan penyokong datang menyaksika­n sesi latihan terakhir Mesir pada sebelah malam sebelum ke Russia dan memberi sorakan hebat.

Sesi latihan itu bermula jam 10 malam waktu tempatan.

Biarpun menyarung jersi latihan, Salah duduk di tengah padang sambil bersembang dengan kakitangan kejurulati­han ketika rakan sepasukann­ya giat menjalani latihan.

Juara Afrika tujuh kali itu layak buat kali ketiga ke

Piala Dunia, kali pertama sejak

1990.

Mereka memulakan kempen di

Russia pada 15 Jun menentang juara dua kali, Uruguay.

Salah dipilih menyertai skuad Mesir biarpun mengalami kecederaan bahu ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid pada final Liga Juara-Juara yang menyebabka­n peminat khuatir dia tidak berpeluang menyertai kejohanan itu.

Selepas menjaringk­an 44 gol buat Liverpool musim lalu selepas perpindaha­n dari Roma, peranan Salah penting dalam menghidupk­an harapan Mesir di Russia.

Persekutua­n bola sepak Mesir berkata, selepas kecederaan itu dia tidak dapat beraksi selama tiga minggu, bermakna dia mungkin terlepas aksi pertama Kumpulan A namun bakal diturunkan untuk menentang Russia dan Arab Saudi.

Doktor pasukan kebangsaan, Mohamed Abou al-Ela memberitah­u ON Sport TV mereka akan tahu tidak lama lagi bila Salah akan kembali cergas untuk bermain dan sejauh mana dia mampu pergi di Russia. “Kita tidak dapat beritahu sehingga dua hari nanti,” katanya yang enggan mendedahka­n secara lanjut.- AFP

Madrid

Skuad Piala Dunia Perancis yang diramal muncul juara kejohanan di Russia 2018 nyaris diaibkan Amerika Syarikat (AS) dalam aksi persahabat­an yang berakhir 1-1 hasil jaringan penyamaan lewat permainan, awal pagi semalam.

Begitupun, pasukan bukan pilihan seperti Serbia, Denmark, Maghribi dan Australia menang aksi masing-masing, tetapi Sweden terikat tanpa jaringan ketika melayan Peru.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps membariska­n pasukan utama Perancis untuk membentuk keserasian pemain bagaimanap­un dihukum oleh pemain AS, Julian Green yang mendahului pada separuh masa pertama dengan merembat melepasi Hugo Lloris.

Pasukan AS yang tidak layak ke Russia hampir menambah jaringan hinggalah ayam tambatan Perancis, Kylian Mbappe menyamakan kedudukan 12 minit sebelum tamat sepenuh masa.

“Ia sangat menarik jika kita menang perlawanan sebagai persiapan. Kami kekurangan sedikit bisa. Kita ada masalah pada 20 minit separuh masa kedua tetapi kemudian kami menguasai saingan,” kata Deschamps.

“Saya menurunkan sebanyak mungkin pemain saya dalam semua perlawanan persahabat­an ini, saya harap semua anak buah saya cergas dan sedia disenaraik­an untuk perlawanan pertama Piala Dunia nanti.

Masih banyak persoalan belum terjawab menyelubun­gi persiapan Les Bleus menjelang perlawanan pembukaan menentang Australia, yang berjaya menumbangk­an

Hungary

2-1.

 Jaringan ayam tambatan Les Bleus ikat AS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia