Harian Metro

Gol Aspas julang La Roja

-

Krasnodar: Jaringan babak akhir daripada pemain gantian Iago Aspas memberikan Sepanyol kemenangan kurang meyakinkan 1-0 awal pagi semalam, ketika mereka sampai ke penghujung persiapan Piala Dunia.

Jaringan Aspas hadir enam minit sebelum tamat perlawanan apabila seorang lagi pemain gantian, Diego Costa berjaya memecahkan perangkap ofsaid Tunisia sebelum berganding­an dengannya.

Keputusan itu bermakna jurulatih Julen Lopetegui memastikan pasukan juara dunia 2010 itu melalui 20 perlawanan pertama di bawah kendaliann­ya tanpa sebarang kekalahan, namun keputusann­ya masih belum meyakinkan.

Tunisia yang turut layak ke Russia jauh lebih baik pada separuh masa pertama, mencetuska­n masalah buat barisan pertahan Sepanyol dengan asakan bertali arus dan kepantasan serangan balas.

Rembatan Ferjani Sassi terus menuju kepada David de Gea selepas memanfaatk­an kesilapan daripada pertahanan baru Alvaro Odriozola dalam tempoh 10 minit pertama sebelum percubaan penyerang Naim Sliti melepasi palang gol beberapa detik kemudian.

Jordi Alba kemudian mengecewak­an percubaan Sliti selepas itu sebelum tamat separuh masa ketika Sepanyol dilihat mula goyah.

Lopetegui membuat beberapa pertukaran pada separuh masa kedua dan biarpun Sepanyol semakin baik, mereka tidak mempunyai kelebihan untuk menguji Aymen Mathlouthi di depan gawang Tunisia sehinggala­h Aspas meledak jaringan.

Sepanyol akan memulakan kempen Piala Dunia dalam Kumpulan B pada Jumaat menentang Portugal sebelum berdepan Iran dan Maghribi.

Pasukan Afrika utara itu pula akan menentang England, Belgium dan Panama dalam Kumpulan G. - Reuters Budapest: Banyak yang perlu dilakukan jurulatih Australia Bert van Marwijk selepas melihat pasukannya berhempas pulas sebelum menewaskan Hungary 2-1 pada aksi pemanas badan terakhir menjelang Piala Dunia, awal pagi semalam.

Skuad Socceroos dilihat kurang bermaya pada separuh masa pertama dan perlu berterima kasih kepada penjaga gol Mathew Ryan yang mempertaha­nkan gawang daripada ancaman pasukan tuan rumah.

“Separuh masa pertama begitu teruk, kami melakukan banyak kesilapan. Kami terlalu banyak membawa bola, kurang sabar dan mengalami masalah teknikal,” kata Van Marwijk.

“Separuh masa kedua jauh lebih baik dan kami mengawal permainan. Apabila berada pada kedudukan 1-1, pasukan mahukan kemenangan.

“Secara moralnya bagus kerana kami menang, tetapi saya sudah memberitah­u pemain, saya tidak berpuas hati.”

Australia yang tampil kali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia