Harian Metro

Remaja hilang tinggalkan nota

-

Kota Kinabalu: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Luyang di sini, sejak Jumaat lalu, meninggalk­an nota kepada keluarga menyatakan mahu mencari ketenangan.

Ngok Xin Yee disedari hilang selepas ibunya mendapati anaknya itu tiada di rumah dan menemui nota terbabit ditinggalk­an di atas meja.

Susulan itu, keluarga gadis terbabit membuat laporan polis semalam, berkaitan kehilangan Xin Yee.

Menurut sumber, keluarga terbabit sudah mencari remaja itu di rumah rakan sekolahnya, namun mereka tidak memperoleh sebarang maklumat.

"Remaja itu keluar rumah tanpa membawa kad pengenalan dan telefon bimbit, namun membawa beberapa helai pakaian menggunaka­n beg sekolahnya.

"Kali terakhir dilihat ibunya, remaja itu memakai baju berwarna putih dan berseluar pendek hitam," katanya.

Difahamkan, remaja terbabit sudah kali ketiga keluar dari rumah tanpa kebenaran, namun dalam dua kejadian sebelum ini dia pulang ke rumah dalam tempoh 24 jam dan tiada laporan kehilangan­nya dibuat kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis

Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra mengesahka­n kejadian terbabit dan pihaknya masih mengesan remaja terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja ini boleh menghubung­i Pegawai Penyiasat Inspektor Mohanaddas di talian 0164414939 atau balai polis berhampira­n," katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia