Harian Metro

Nenek 91 tahun tak tinggal puasa, Tarawih

-

Sarikei: Usianya mencecah 91 tahun namun Dayang Jenap Abang Deris tidak berdepan masalah menunaikan semua amalan wajib sepanjang Ramadan.

Membahasak­an dirinya sebagai Nek Nap, dia yang menetap di Kampung Jalan Pengiran Kadir di sini, tidak pernah meninggalk­an solat berjemaah, bertarawih dan berpuasa.

Biarpun semakin dimamah usia dengan berbekalka­n kudrat yang terhad, namun Dayang Jenap tetap dengan rutinnya berulang-alik ke surau untuk solat berjemaah.

Dayang Jenap berkata, kehadiran Ramadan seolah-olah memberikan kekuatan serta semangat kepadanya untuk menunaikan ibadat wajib dan sunat itu dengan sepenuh hati.

“Sejak akhir-akhir ini saya kerap sakit pinggang dan penglihata­n juga semakin kurang. Namun, itu tidak sedikit pun melunturka­n semangat saya terus mendirikan solat sebagai tiang agama.

“Malah, selepas mengerjaka­nnya saya rasa cukup tenang dan perasaan itu sememangny­a sukar digambarka­n dengan kata-kata,” katanya ketika dikunjungi NSTP di rumahnya, semalam.

Dayang Jenap mengakui dia tidak gemar duduk diam kerana sudah terbiasa melakukan bermacam-macam pekerjaan sejak usia muda.

Justeru, ketika berpuasa pada siang hari, katanya, dia akan melakukan pelbagai aktiviti di rumah bagi mengisi masa terluang sementara menunggu waktu berbuka.

Dayang Jenap yang dikurniaka­n empat anak dengan tiga daripadany­a sudah meninggal dunia berkata, ketika orang lain sibuk membuat persiapan Aidilfitri, dia pula terasa kehilangan ‘sesuatu’ terutama pada penghujung Ramadan.

“Walaupun gembira Aidilfitri hampir tiba, namun jauh di sudut hati saya sedih kerana Ramadan bakal berlalu pergi. Saya tidak tahu sama ada akan berpeluang menemuinya lagi tahun depan atau sebaliknya,” katanya.

 ??  ?? DAYANG Jenap (kanan) gemar menunaikan
solat berjemaah di surau berhampira­n rumahnya di Kampung Jalan Pengiran Kadir.
DAYANG Jenap (kanan) gemar menunaikan solat berjemaah di surau berhampira­n rumahnya di Kampung Jalan Pengiran Kadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia