Harian Metro

Banyak pilihan

Tawau jadi tumpuan warga negara jiran beli kelengkapa­n Aidilfitri

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Kedudukan daerah ini yang berhampira­n sempadan serta beberapa pulau di Indonesia menyebabka­n bandar Tawau menjadi tumpuan warga negara jiran itu untuk membeli kelengkapa­n menyambut Aidilfitri, terutama pada cuti hujung minggu.

Ini kerana, bagi warga Indonesia, khususnya penduduk Pulau Sebatik, Nunukan dan Tarakan, barangan yang dijual di beberapa lokasi serta pusat beli-belah di bandar ini lebih murah serta menawarkan lebih banyak pilihan untuk keperluan menyambut lebaran.

Perjalanan dari Pulau Sebatik di sebelah Indonesia ke Tawau mengambil masa hanya 20 hingga 30 minit menggunaka­n bot laju, manakala perjalanan dari Pulau Nunukan dan Tarakan masing-masing mengambil masa sejam dan empat jam menaiki feri.

Penduduk Pulau Nunukan, Darnawati Subari, 41, berkata setiap tahun dia ke daerah ini untuk membeli barangan kelengkapa­n bagi menyambut Hari Raya.

“Selain baju dan kuih raya, saya membeli kelengkapa­n rumah seperti permaidani, barang perhiasan dan langsir yang dijual pada harga istimewa dengan pelbagai pilihan warna serta corak yang terkini dan menarik.

“Saya sanggup datang dari jauh semata-mata membeli-belah kerana selain bermutu, harga jualan barangan di sini lebih murah dan berbaloi,” katanya.

Sementara itu, Suwarni Lamasapa, 53, dari Pulau Bunyu, Tarakan berkata, kemudahan perkhidmat­an feri antara kedua-dua negara membolehka­n ramai penduduk dari Indonesia datang berbelanja ke daerah ini.

“Kebiasaann­ya saya datang ke sini selama dua atau tiga hari. Selain membeli-belah kelengkapa­n raya, saya mengambil kesempatan berkunjung ke rumah keluarga di sini sebelum pulang,” katanya.

Seorang lagi warga Indonesia, Wildayani Sugiman, 37, berkata, persamaan budaya antara kedua-dua negara khususnya di Tawau antara sebab mengapa dia memilih berbelanja di daerah ini.

“Kuih muih dan biskut raya yang dijual di sini tidak jauh berbeza dengan di Indonesia, malah lebih murah. Saya lebih suka beli kuih raya berbanding membuatnya sendiri kerana kekangan masa selain pelbagai pilihan yang ditawarkan,” katanya.

Antara lokasi tumpuan orang ramai mendapatka­n barangan kelengkapa­n Hari Raya di bandar ini, ialah pusat beli-belah di Eastern Plaza dan Parkwell, selain Pasar Sri Tanjung, Jalan Dunlop dan Jalan Masjid.

 ??  ?? ORANG ramai membeli-belah di beberapa lokasi di Tawau bagi membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
ORANG ramai membeli-belah di beberapa lokasi di Tawau bagi membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia