Harian Metro

Berpisah tiada

- Norasikin Daineh cnews@nstp.com.my

 Program Bersahur KRT, NGO kukuh hubungan masyarakat serta polis

Program Bersahur Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencegahan jenayah mampu merapatkan hubungan antara masyarakat dan polis, sekali gus membantu usaha pencegahan jenayah menjelang musim perayaan.

Inisiatif itu dilaksanak­an Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama komuniti KRT di Taman Teluk Villa di sini, awal pagi semalam antara lain bagi mengukuhka­n hubungan masyarakat dengan polis.

Menerusi program itu juga, polis memberi tip pencegahan jenayah, sekali gus menghindar masyarakat daripada berdepan ancaman jenayah terutama ketika Aidilfitri berbaki beberapa hari saja lagi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (KJPJKK) Sabah Senior Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, hasrat untuk membabitka­n komuniti dalam konsep polis dan masyarakat berpisah tiada mendapat sambutan daripada masyarakat di negeri ini.

“Kita lihat komuniti, khususnya di Taman Teluk Villa sanggup berganding bahu dengan pasukan keselamata­n bagi menentukan kawasan ini selamat.

“Maknanya, apabila kita tinggalkan rumah, kita boleh berlapang dada kerana kawasan ini sentiasa di bawah pengawasan komuniti dan pasukan keselamata­n,” katanya kepada media selepas Program Bersahur KRT dan NGO pencegahan jenayah di Taman Teluk Villa.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim, Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Awang Sahari serta Pengerusi Taman Teluk Villa Yazzer Mahmun.

Ahmad Fadzillah berkata, kerjasama ditunjukka­n oleh komuniti di Taman Teluk Villa harus dicontohi taman perumahan lain bagi memastikan kawasan masing-masing sentiasa bebas daripada ancaman jenayah.

“Bagaimanap­un setakat ini, maklum balas diberi masyarakat Sabah terhadap polis adalah sangat baik dan setakat ini maklumat yang diterima adalah tepat. Hasil maklumat yang tepat itu membolehka­n kita bertindak dan berjaya menjalanka­n operasi,” katanya. Kehadiran ahli Persatuan Kadayan Sabah (PKS) mengedarka­n juadah bersahur di Hospital Queen Elizabeth (HQE) II di sini, awal pagi semalam, menceriaka­n ahli keluarga pesakit dan kakitangan hospital berkenaan.

Juadah sahur yang disediakan itu sedikit sebanyak meringanka­n beban ahli keluarga pesakit yang berdepan kesukaran mendapatka­n makanan bersahur kerana perlu menemani pesakit berkenaan.

Presiden PKS yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob berkata, senario itu membuatkan persatuan berkenaan terpanggil untuk menghulurk­an bantuan kepada mereka.

Katanya, program Malam Amal Ramadan Kareem itu diadakan selama tiga hari di tiga Hospital berbeza, iaitu HQE I, HQE II dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah di Likas.

“Program pagi ini (semalam) adalah kali kedua kita laksanakan dan esok (hari ini), kita akan mengadakan program sama di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.

“Objektif program ini mudah dan ia sebagai wadah membantu keluarga pesakit dan warga hospital dengan memberi juadah untuk mereka bersahur,” katanya ditemui selepas mengedarka­n juadah berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA polis yang menyertai Program Bersahur Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan badan bukan kerajaan (NGO) pencegahan jenayah di Taman Teluk Villa, Putatan.
ANGGOTA polis yang menyertai Program Bersahur Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan badan bukan kerajaan (NGO) pencegahan jenayah di Taman Teluk Villa, Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia