Harian Metro

KPJ Kuching rai 35 anak yatim

-

Kuching: Hospital Pakar KPJ Kuching meraikan 35 anak yatim di Pusat Jagaan Nur Murni di sini, dengan menyerahka­n sumbangan duit raya, kelmarin.

Sumbangan itu disampaika­n Pengurus Besar KPJ Kuching, Nurhazimah Mahat ketika Majlis Berbuka Puasa KPJ Kuching bersama pusat jagaan itu sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) KPJ Kuching.

Nurhazimah berkata, aktiviti CSR itu diadakan bagi berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, khususnya anak yatim, selain beramah mesra dan berbuka puasa dengan anak yatim berusia tujuh hingga 12 tahun di pusat itu.

“Misi kami untuk menjadi sebuah hospital yang menawarkan perkhidmat­an kesihatan yang terbaik kepada komuniti, ia tidak akan tercapai jika kita tidak memberi perkhidmat­an ini secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa dan agama.

“Sebab itu kami berada di sini untuk mengenali komuniti setempat supaya kami dapat memberi yang terbaik kepada semua,” katanya.

Beliau berkata, menjelang penghujung tahun ini, KPJ Kuching dijangka akan berpindah ke hospital baharu di BDC.

“Hospital itu bakal memiliki peralatan yang baru dan moden yang seterusnya mampu memberikan perkhidmat­an kesihatan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, Noraini Bakiri berkata, pihaknya menyambut baik dan berterima kasih dengan KPJ Kuching kerana menyalurka­n bantuan kepada pusat kebajikan itu.

“Aktiviti seumpama ini secara tidak langsung mampu menghiburk­an anak yatim pada Ramadan ini,” katanya.

Pusat Jagaan Nur Murni ditubuhkan pada 2 September 2014 sebagai sebuah pusat menampung dan membiayai anak yatim yang datang dari segenap pelosok daerah, selain memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

 ??  ?? NURHAZIMAH (tengah) bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Nur Murni selepas menyampaik­an sumbangan sempena Aidilfitri.
NURHAZIMAH (tengah) bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Nur Murni selepas menyampaik­an sumbangan sempena Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia