Harian Metro

Pantau hutan

- Muhd Amirul Faiz Ahmad cnews@nstp.com.my

 JHS jamin pembelian pesawat peninjau telus

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memberi jaminan agensi itu telus dalam proses perolehan sebarang aset, termasuk pembelian pesawat peninjau DA42M-NG Diamond bagi operasi pengawasan hutan di negeri ini.

Pengarah JHS Hamden Mohammad berkata, laporan polis mengaitkan JHS dengan pemeroleha­n pesawat itu oleh Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How kelmarin, disifatkan sebagai tidak tepat dan mengeliruk­an.

Katanya, pihaknya akan mengeluark­an kenyataan media hari ini, yang lengkap dengan penjelasan lanjut mengenai pemeroleha­n pesawat itu.

“Berikutan laporan dibuat kepada polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita bersedia memberi kerjasama penuh kepada dua agensi berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Cuma, apa yang kita mahu tegaskan di sini, JHS bersikap telus berkaitan isu yang dibangkitk­an,” katanya, semalam.

Kelmarin, Chee How yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga di sini, kerana mendakwa harga pembelian pesawat bernilai RM35 juta itu tinggi, berbanding harga sepatutnya dalam RM3.5 hingga RM5 juta sahaja.

Pesawat dua tempat duduk itu boleh dikendalik­an tanpa juruterban­g secara kawalan jauh, dikeluarka­n firma aeroangkas­a Austria, Diamond Aircraft Industries yang berpangkal­an di Vienna.

Menerusi pembelian pesawat itu, ia diletakkan di bawah pengoperas­ian JHS, manakala proses penyelengg­araan dikendalik­an Hornbill Skyways.

JHS sebelum ini menyatakan pembelian pesawat itu di bawah peruntukan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), ia termasuk kos pemasangan pelbagai teknologi pengawasan dan pemantauan terkini.

Sementara itu, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), begitu juga SPRM sekiranya diminta memberi keterangan berkenaan pembelian pesawat peninjau berkenaan.

“Laporan polis dibuat dan biarlah polis buat kerja mereka. Kalau perlu, saya akan beri apa saja kerjasama diperlukan polis,” katanya dihubungi.

Pesawat peninjau itu dibeli Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, dengan harga RM35 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi meningkatk­an keupayaan pemantauan JHS dalam usaha memerangi pembalakan haram di Sarawak.

 ??  ?? PESAWAT peninjau hutan, Diamond Aircraft
DA42-M untuk kegunaan JHS dan NREB.
PESAWAT peninjau hutan, Diamond Aircraft DA42-M untuk kegunaan JHS dan NREB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia