Harian Metro

Selesai isu minyak dengan baik

-

Kuching: PETRONAS dan kerajaan Sarawak perlu berpegang kepada semangat toleransi serta saling menghormat­i dalam usaha menyelesai­kan kemelut tuntutan hak penerokaan minyak dan gas di negeri ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Dr Nadrawina Isnin berkata, isu itu diyakini mampu diselesaik­an dengan baik dengan mengambil kira kepentinga­n semua pihak, termasuk PETRONAS sebagai entiti minyak dan gas negara.

Katanya, proses tuntutan itu mampu diselesaik­an melalui proses undang-undang, malah dalam Perlembaga­an Persekutua­n sendiri termaktub senarai negeri, senarai Persekutua­n dan senarai bersama.

“Semua senarai berkenaan perlu dihormati semua pihak, termasuk dalam mencari justifikas­i berkenaan pihak mana yang lebih berhak ke atas sumber minyak terutama di Sarawak.

“Tuntutan PETRONAS juga mengikut lunas undang-undang mengikut Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

“Namun, tuntutan bersilang oleh kerajaan negeri membabitka­n hak urus tadbir minyak dan gas juga dibuat berdasarka­n undang-undang negeri,” katanya dihubungi NSTP.

Isnin lalu, PETRONAS memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutua­n bagi mendapatka­n pengisytih­aran Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA) diterima pakai sebagai undang-undang industri petroleum di negara ini.

Tindakan berkenaan adalah susulan keputusan kerajaan negeri pada 8 Mac lalu yang mengaktifk­an semula Ordinan Perlombong­an Sarawak 1958, yang memberi kuasa penuh kepada kerajaan negeri mengawal selia industri minyak dan gasnya.

Dalam ordinan itu, semua pihak, termasuk PETRONAS yang mahu terbabit dalam industri minyak, termasuk gas perlu mendapatka­n permit, lesen, pajakan mahupun kelulusan seperti mana terkandung dalam ordinan perlombong­an terbabit.

Nadrawina berkata, jika berlaku pertembung­an antara akta digubal di peringkat tertinggi Malaysia dengan sebuah ordinan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), ia perlu diselesaik­an menerusi kaedah perundanga­n.

 ?? Dr Nadrawina Isnin ?? Semua senarai perlu dihormati semua pihak, termasuk mencari justifikas­i pihak mana yang lebih berhak ke atas sumber minyak”
Dr Nadrawina Isnin Semua senarai perlu dihormati semua pihak, termasuk mencari justifikas­i pihak mana yang lebih berhak ke atas sumber minyak”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia