Harian Metro

Pantau 23 laluan bahaya

-

Kuantan: Polis akan memantau 23 laluan dikenal pasti berbahaya yang sering berlaku kemalangan di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Superinten­dan Kamarulzam­an Jusoh berkata, jalan persekutua­n dan lebuh raya itu dipantau bagi memastikan pengguna mengikut peraturan serta melancarka­n perjalanan pulang ke kampung.

Katanya, antara laluannya ialah Jalan Pintasan Kuantan, Jalan Pekan-Muadzam Shah-Segamat di Rompin, Jalan Bentong-Raub, Jalan Raub-Kuala Lipis dan laluan menghubung­kan Kuala Lipis serta Merapoh yang dijangka berlaku peningkata­n trafik.

“Semua 11 ketua polis daerah diberi penerangan berkenaan laluan sering berlaku kemalangan itu dan diminta membuat pemantauan dengan lebih kerap.

“Kita menjangkak­an lebih banyak kenderaan berada di jalan raya berikutan keputusan kerajaan memberikan diskaun 50 peratus bagi bayaran tol untuk dua hari sebelum Aidilfitri.

“Seramai 256 anggota dan 46 pegawai trafik bertugas sempena Op Selamat dan mereka ditempatka­n di kawasan berbahaya itu bagi memantau kelancaran trafik. Mereka turut dibantu anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas operasi bersepadu polis, JPJ dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Terminal Sentral Kuantan, malam semalam.

Kamarulzam­an berkata, pihaknya juga membuat pemantauan 24 jam di laluan tertentu di Lebuhraya Karak di antara Kuala Lumpur dan Bentong selain laluan menghubung­kan Raub serta Kelantan untuk mengurangk­an kemalangan.

Katanya, pasukan bertindak kecemasan juga ditempatka­n di tiga stesen iaitu Bentong, Temerloh dan Gambang supaya ia dapat memberikan bantuan segera sekiranya berlaku kemalangan.

Berhubung operasi bersepadu itu, beliau berkata, 38 kenderaan diperiksa dan sembilan saman dikeluarka­n JPJ atas pelbagai kesalahan.

“Sebuah daripada bas diperiksa diarahkan tidak meneruskan perjalanan kerana tayar digunakan tidak menepati spesifikas­i manakala satu lagi disaman berikutan melakukan kesalahan berkaitan nombor pendaftara­n kenderaan,” katanya.

 ?? di Terminal Kuantan Sentral. ?? KAMARULZAM­AN (tiga kanan) memeriksa pemandu bas pada operasi khas sempena Aidilfitri
di Terminal Kuantan Sentral. KAMARULZAM­AN (tiga kanan) memeriksa pemandu bas pada operasi khas sempena Aidilfitri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia