Harian Metro

REZEKI ‘PERGI’ DEPAN MAKAM NABI

 Lelaki meninggal dunia depan makam Rasullulla­h

- Muhammad Saufi Hassan saufi@nstp.com.my

“Arwah seorang yang ringan tulang terutama membantu urusan dakwah ustaz, ulama dan visa pelajar madrasah.

“Itu memang sifatnya sejak dari dulu lagi,” kata Abdul Jamal Maideen, 45, rakan rapat Allahyarha­m Badrul Munir yang meninggal dunia di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah, Khamis lalu dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Baqi.

Menurutnya, dia bersama arwah serta dua lagi rakannya berangkat ke Madinah pada 6 Jun lalu untuk menunaikan umrah dan dijadualka­n pulang semula ke tanah air pada 19 Jun ini.

“Pada setiap Ramadan, saya dan arwah selalu pergi menunaikan umrah dan ini bukan pertama kali kami pergi bersama. Sepanjang perjalanan, arwah tidak menunjukka­n dia sakit atau sebaliknya.

“Sebelum kejadian, kami sempat mendirikan solat Isyak bersama dan menunaikan solat sunat Tarawih sebelum pulang semula ke hotel.

“Pada hari berikutnya, kami bersahur bersama dan arwah meminum segelas air sebelum kami berjalan menuju ke masjid (Masjid Nabawi) untuk mendirikan solat Subuh.

“Subuh itu memang kami merancang untuk singgah sebentar di makam Rasulullah. Saya berjalan bersama seorang lagi rakan manakala arwah berjalan dengan rakan lain di belakang, tidak jauh daripada kami,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Beliau yang mengenali arwah sejak 15 tahun lalu berkata, keadaan untuk memasuki pintu makam Rasulullah agak sesak pada Subuh itu dan dia tidak menyedari arwah Badrul rebah sebaik tiba di depan makam Baginda.

“Sebaik selesai menunaikan solat Subuh, saya tunggu di pintu keluar kerana kami berjanji untuk berjalan bersama-sama ke hotel. Namun, seorang rakan kami menghubung­i dan mengatakan Badrul rebah di depan makam Baginda.

“Saya ke kawasan makam Rasulullah dan saya lihat ambulans serta petugas paramedik sudah sampai dan mengangkat arwah untuk masuk ke ambulans.

“Memandangk­an saya mampu berbahasa Arab, saya mengikuti arwah di dalam ambulans dan bertanyaka­n kepada paramedik keadaan Badrul. Namun petugas berkenaan memaklumka­n Badrul sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, pemergian arwah di depan makam Rasulullah adalah nikmat kepadanya memandangk­an dia seorang yang tidak pernah jemu membantu urusan dakwah dan pelajar madrasah.

 ??  ??
 ??  ?? Sebelum kejadian, kami sempat mendirikan solat Isyak bersama dan menunaikan solat sunat Tarawih sebelum pulang semula ke hotel”
Abdul Jamal Maideen
BADRUL
KEADAAN agak sesak di pintu masuk makam Rasulullah.
Sebelum kejadian, kami sempat mendirikan solat Isyak bersama dan menunaikan solat sunat Tarawih sebelum pulang semula ke hotel” Abdul Jamal Maideen BADRUL KEADAAN agak sesak di pintu masuk makam Rasulullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia