Harian Metro

LESU DALAM MANGKUK TANDAS

 Bayi lelaki disumbat dalam lubang tandas ditemui bernyawa

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Kejam apabila seorang bayi dipercayai baru dilahirkan disumbat ke dalam mangkuk tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah utara, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, dalam kejadian jam 9.30 malam bayi lelaki seberat 2.6 kilogram berkenaan masih panjang umur apabila diselamatk­an pengguna lebuh raya yang singgah di R&R itu.

Saksi Muhammad Afeez Suhaimi, 29, berkata ketika kejadian dia hendak ke tandas bersama anaknya.

“Tiba-tiba saya terdengar perempuan menjerit memberitah­u ada bayi di dalam mangkuk tandas. Saya kemudian memberanik­an diri membuka penutup tandas dan melihat tangan bayi berkenaan bergerak.

“Mula-mula saya takut juga kalau bayi berkenaan sudah meninggal, tapi saya lihat tangannya bergerak.

“Saya bersama pekerja restoran di hentian ini cuba mengangkat bayi berkenaan namun gagal kerana urinya tersangkut dalam lubang tandas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, dia kemudian mengangkat bayi itu manakala seorang lagi menarik uri yang tersekat.

“Bayi berkenaan dalam keadaan pucat dan sejuk. Ketika itu ada seorang wanita mengambiln­ya sebelum disusukan di surau.

“Bayi itu dalam keadaan bersih dan dibalut dengan kain batik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah di dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di kawasan terbabit.

“Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri yang dibungkus dengan kain batik.

“Ketika ditemui bayi berkenaan menangis. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan di bahagian badan dan kelihatan sempurna.

“Doktor tidak dapat mengesahka­n bangsa bayi berkenaan namun polis akan menjalanka­n siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Saya bersama pekerja restoran di hentian ini cuba mengangkat bayi berkenaan namun gagal kerana urinya tersangkut dalam lubang tandas”
Muhammad Afeez DARAH baru lepas lahir di dalam mangkuk tandas.
Saya bersama pekerja restoran di hentian ini cuba mengangkat bayi berkenaan namun gagal kerana urinya tersangkut dalam lubang tandas” Muhammad Afeez DARAH baru lepas lahir di dalam mangkuk tandas.
 ??  ?? BAYI lelaki yang dijumpai di R&R Rawang arah utara.
BAYI lelaki yang dijumpai di R&R Rawang arah utara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia