Harian Metro

Tindakan betul Hishammudd­in

- 18

tak bertanding

 Pemuda UMNO perlu jadi benteng, pendesak paling aktif

Pergerakan Pemuda UMNO perlu menjadi benteng dan kumpulan pendesak paling aktif dalam memantau segala dasar kerajaan yang dirasakan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Sayap parti berkenaan tidak lagi menggunaka­n pendekatan perkhidmat­an sebaliknya menggunaka­n kaedah baharu iaitu pendekatan isu semasa.

Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam yang turut mengumumka­n untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO melihat bahawa sayap itu perlu menjadi kumpulan pendesak yang aktif dan memiliki pengetahua­n yang luas.

“Sekarang ini, UMNO atau Barisan Nasional (BN) bukan lagi kerajaan, jadi perlu pendekatan baharu. Tidak boleh lagi macam dulu iaitu kita menggunaka­n pendekatan perkhidmat­an kepada rakyat.

“Sayap pemuda hari ini bukan hanya jentera pilihan raya seperti melakukan kerja menampal poster dan melaksanak­an pelbagai aktiviti tetapi kena petah berhujah dengan lawan, perlu bijak berdebat di pentas politik dan cerdik dalam mengeluark­an idea serta kritikan.

“Kita sendiri perlu ada mentaliti pembangkan­g, kini, kita berada dalam fasa UMNO bukan lagi pemerintah. Kita harus ada pemikiran strategik untuk berhujah dan mendesak kerajaan jika ada isu yang tidak mengutamak­an kepentinga­n rakyat, agama dan tanahair,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Setakat ini, beberapa calon termasuk Naib Ketua Pergerakan UMNO, Khairul Azwan Harun, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) Wan Agyl Wan Hassan, Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Jamal Yunos sudah menyatakan hasrat mengisi jawatan berkenaan.

Lokman berkata, beliau yakin dengan kemampuan serta pengalaman­nya dan mengharapk­an bahawa ia dapat diterjemah­kan kepada gerak kerja pemuda jika dipilih dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Menurutnya, ketua sayap ini juga perlu seorang yang sangat vokal dalam berhujah kerana ia memainkan peranan dan ini demi keberlangs­ungan sayap pemuda UMNO dalam menghadapi pilihan raya umum lima tahun lagi.

“Untuk jadi pembangkan­g yang kuat, sayap pemuda perlu lebih berani.

“Dalam setiap keberanian ini juga pasti ada risiko iaitu mungkin akan ditangkap oleh pihak berkuasa. Saya pernah menjadi pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) dua kali.

“Jadi, saya cukup faham apa yang perlu untuk menjadi sayap pemuda yang baik dan menjadi kumpulan pendesak demi kepentinga­n agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sah bertanding bagi jawatan Presiden UMNO dan wujud cakap-cakap bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding bagi kerusi berkenaan.

Selain itu, bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, dua nama sudah mengesahka­n akan bertanding iaitu Ketua Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL Azwan
KHAIRUL Azwan
 ??  ?? LOKMAN
LOKMAN
 ??  ?? DR Asyraf Wajdi
DR Asyraf Wajdi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia