Harian Metro

Berita gembira

dalam Bajet 2019

-

 Kerajaan dijangka tunai lebih banyak janji melalui Bajet 2019 Semuanya terkawal kerana kerajaan memulakan rasionalis­asi struktur kos terhadap projek bernilai

RM10 bilion yang menghasilk­an pendapatan tambahan”

Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi bayangan bahawa rakyat boleh menjangkak­an kerajaan melaksanak­an lebih banyak janji menerusi pembentang­an Bajet 2019.

Tanpa mendedahka­n butirannya, beliau berkata: “Ia adalah pada 2 November depan, anda perlu tunggu.”

Menyatakan pengukuhan ekonomi negara terus menjadi keutamaan, beliau berkata, kerajaan akan memantau defisit fiskal negara.

“Bagi tahun ini, defisit fiskal dapat dikekalkan pada kadar 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) walaupun ada peningkata­n RM300 juta (meningkat kepada RM40.1 bilion daripada RM39.8 juta),” katanya.

Tahun ini tahun kesembilan berturut-turut penyatuan fiskal daripada paras tertinggi 6.7 peratus pada 2009.

Bagaimanap­un, Guan Eng berkata, semuanya terkawal kerana kerajaan memulakan rasionalis­asi struktur kos terhadap projek bernilai RM10 bilion yang menghasilk­an pendapatan tambahan.

“Pada masa sama, kita memperoleh RM5.4 bilion daripada kenaikan harga petrol selain mencatat keuntungan yang lebih baik daripada Khazanah (Nasional Bhd), Petronas dan agensi lain,” katanya.

Katanya, beliau turut memberi jaminan kepada pengurus dana mengenai kestabilan negara ketika mengadakan pertemuan dengan pengurus dana utama di Malaysia pada Khamis yang dianjurkan oleh CIMB Group Holdings Bhd.

“Kami membincang­kan mengenai prospek dan langkah fiskal,” katanya sambil menambah kerajaan memastikan Malaysia mempunyai imbangan akaun semasa yang kukuh.

Dalam akaun Instagramn­ya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, memuat naik beberapa foto dengan kapsyen berbunyi ‘melibatkan komuniti pelaburan secara telus penting untuk menggalakk­an keyakinan pasaran dan tadbir urus yang baik.’

Dalam Laporan Tahunannya, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, ia menjangka imbangan akaun semasa negara akan mencatat lebihan 2-3 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2018.

Guan Eng menegaskan yang kerajaan berpegang kepada janjinya mengenai ketelusan dan tadbir urus yang baik.

 ??  ?? LI M
LI M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia