Harian Metro

Syukur keluarga dapat perhatian

-

Kubang Pasu: Seorang ibu hanya mampu melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila kepayahan hidup mereka sekeluarga mendapat perhatian banyak pihak selepas kisah mereka tersiar di Harian Metro, 5 Jun lalu.

Nur Syuhada Kamarudin, 28, berkata, pihak Pejabat Penghulu Mukim Gelong juga banyak membantu mencari sumber yang boleh menyalurka­n sumbangan.

“Ada yang menelefon meminta nombor akaun bank dan ada berkunjung sendiri ke rumah.

“Lebih menggembir­akan, bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terhenti beberapa bulan kerana penilaian semula pun diterima kembali,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kubang Pasu di rumahnya di Kampung Salit, di sini, semalam. Kisah kesusahann­ya dan suami, Mohd Tarmize Ahmad, 34, serta empat anak mereka tersiar dalam Harian Metro turut mendapat simpati orang ramai tambahan Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Lebih menyukarka­n, anak ketiga, Nurul Farisyah Amani Mohd Tarmize yang berusia empat tahun disahkan mengidap jantung berlubang sejak lahir dan tiga lagi anaknya berusia enam bulan hingga sembilan tahun menghidap asma kronik.

Sementara itu, Pegawai APM Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzam­al Kasa berkata, pada tahun ini, pihaknya memilih lapan keluarga yang daif dalam daerah Kubang Pasu untuk menerima sumbangan dalam Program Jelajah Ramadan Angkatan Pertahanan Awam Kubang Pasu 2018.

“Kami mendapat kerjasama Pejabat Daerah Kubang Pasu dan JKM dalam mencari keluarga yang memerlukan sumbangan serta maklumat daripada anggota sendiri.

“APM turut mendapat sumbangan daripada beberapa pihak yang sama-sama menghulurk­an bantuan seperti Syarikat BERNAS (Padiberas Nasional Berhad) dan orang perseorang­an,” katanya.

Pegawai JKM Kubang Pasu, Noor FaezahMuha­mad Fadzil turut hadir dalam program itu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 5 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro, 5 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia