Harian Metro

Pilunya Syawal...

 Enam beranak tinggal sehelai sepinggang

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

“Dugaan Ramadan kali ini sungguh berat buat saya dan keluarga. Segala persiapan menyambut Aidilfitri rentung jadi abu akibat kebakaran,” kata Ridzawati Jamaludin, 39.

Katanya, mereka enam beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewa menjadi tempat berteduh di Kampung Paya Jaras Dalam, di sini, musnah dalam kebakaran jam 1.50 pagi Sabtu lalu.

Selain enam beranak berkenaan, kebakaran turut memusnahka­n kediaman jiran mereka, Siti Zainab Mohamed, 43.

Katanya, dia berasa amat sedih kerana tidak sempat menyelamat­kan baju raya dibeli untuk empat anaknya yang berusia tiga hingga 14 tahun.

Apa yang lebih menyedihka­n barangan keperluan seperti susu, ubat, lampin pakai buang dan mesin sedut kahak untuk suaminya, Muhamad Isnin Hussein, 41, yang sudah 11 bulan terlantar akibat penyakit tibi tulang juga musnah terbakar.

“Kejadian berlaku ketika kami sedang tidur. Saya baru sahaja selesai memberikan susu kepada suami. Saya hanya menyedari kejadian selepas terdengar jeritan penduduk yang memberikan amaran ada kebakaran berlaku.

“Selain perabot dan kelengkapa­n rumah, van yang kami gunakan untuk berniaga sebelum ini juga musnah terbakar. Sedih juga mengenangk­an apa yang berlaku tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi.

“Apa yang penting, kami enam beranak selamat suami juga sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Siti Zainab ketika ditemui berkata, ketika kejadian kediaman mereka kosong berikutan dia dan ahli keluarga lain keluar berniaga.

“Selepas dimaklumka­n mengenai kebakaran itu, suami dan anak terus pulang ke rumah, namun tidak ada apa yang boleh dilakukan ketika itu kerana tempat kami berteduh selama ini musnah dijilat api.

Kedua-dua keluarga terbabit menumpang rumah jiran. Orang ramai boleh menghulurk­an bantuan untuk meringanka­n beban mereka menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), 1000-5410-0017-6744 (Ridzawati Jamaludin) atau Maybank 1627-6807-1684 (Fauzal Atni Adlis).

 ??  ?? SITI Zainab melihat rumahnya yang terbakar. RIDZAWATI (kanan) sebak ketika dikunjungi jiran.
SITI Zainab melihat rumahnya yang terbakar. RIDZAWATI (kanan) sebak ketika dikunjungi jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia