Harian Metro

Rancang dulu perjalanan

 Pengguna perlu atur jadual agar tidak pulang ke kampung dalam keadaan tertekan, terburu-buru

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Berbaki tiga hari saja lagi sebelum umat Islam meraikan 1 Syawal Jumaat ini. Seperti kebiasaan, setiap keluarga pasti mula merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Malah tentunya ada warga kota yang sudah pun pulang awal ke kampung beberapa hari sebelum Aidilfitri agar berpeluang membantu persiapan hari raya bersama keluarga masing-masing.

Hakikatnya, setiap kali musim perayaan jumlah kenderaan di lebuh raya biasanya akan meningkat berbanding hari-hari biasa. Sebagai pengguna, kita perlu bijak merancang perjalanan dengan teliti agar tidak terkejar-kejar di saat akhir.

Bagaimana hendak merancang perjalanan balik kampung yang selamat dan selesa sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini?

Pertama, pengguna perlu mengatur jadual perjalanan agar tidak pulang ke kampung dalam keadaan tertekan dan terburu-buru.

Sehubungan itu, bagi membantu melancarka­n perjalanan dan mengurangk­an kesesakan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) turut meningkatk­an persiapan awal mereka sempena perayaan Aidilfitri tahun ini di mana ramai pengguna lebuhraya dijangka akan berpusu-pusu untuk menikmati diskaun tol 50 peratus pada 13 dan 14 Jun ini.

Seperti tahun-tahun lepas, PLUS menyediaka­n cadangan waktu perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Selain itu, PLUS juga menambah jumlah tandas mudah alih dan menyediaka­n cadangan lori tangki air di kawasan Rehat & Rawat (R&R) agar orang ramai tidak perlu bersesak-sesak menunggu giliran untuk menggunaka­n tandas.

Tidak cukup dengan itu, lorong tol juga ditambah termasuk kemudahan pembaca Touch ‘n’ Go (TnG) mudah alih supaya kesesakan di kawasan berkenaan dapat dikurangka­n.

PLUS turut menyediaka­n tambahan anggota

Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Polis

Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), anggota PLUS

Ronda, ambulans dan kontraktor perkhidmat­an.

Jumlah keseluruha­n anggota ini ialah seramai 5,000 orang untuk memberikan pertolonga­n dengan pantas sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Selain itu, kren dan trak tunda disediakan di lokasi strategik manakala kakitangan dari ibu pejabat juga akan bersiap sedia di plaza tol dan R&R untuk memberi bantuan serta perkhidmat­an terbaik kepada pengguna jalan raya.

Orang ramai juga boleh menambah nilai kad TnG mereka di 70 lokasi Kios Layan Diri (Self-Service Kiosk) yang disediakan di plaza tol dan kawasan R&R terpilih.

Di samping itu, pengguna jalan raya boleh menyemak lokasi Kios Layan Diri menerusi Aplikasi PLUS Mobile atau portal Touch ‘n Go.

Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen minyak yang beroperasi di kawasan R&R di sepanjang lebuh raya.

Hal ini berikutan

PLUS menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol.

Langkah ini bertujuan mengurangk­an kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Kesemua 118 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 12 Jun hingga 24 Jun ini.

Justeru, PLUS juga menasihatk­an orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 10,000 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam dan banyak lagi.

Sementara itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehka­n orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web PLUS di www.plus.com.my.

Pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)” Sumber PLUS

 ??  ?? ORANG ramai digesa rancang perjalanan untuk elak kesesakan di jalan raya.
ORANG ramai digesa rancang perjalanan untuk elak kesesakan di jalan raya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia