Harian Metro

ISTIMEWA KARI HIJAU

Pasangan olah menu masakan ala Itali dengan campuran kuah hasil resipi baru

- Zuhainy Zulkiffli cnews@nstp.com.my

Masakan barat, spageti ala Itali ditambah pula dengan kuah kari hijau sudah tentu menambat selera ketika berbuka puasa.

Menu yang cukup ringkas itu mempunyai pilihan ayam ‘pop-corn’ dan bebola daging serta kuah lada hitam, sudah tentu digemari peminat makanan pedas.

Menu itu antara yang dijual Norhashiki­n Khalid, 33, di bazar Ramadan Pantai Jerejak, dekat sini, selain beberapa lagi menu berlainan setiap hari.

Antaranya ialah pasta, spageti carbonara, spageti bolognese,

lamb stew, chicken chop dan beberapa lagi masakan barat dan Itali.

Katanya, setiap hari di bulan Ramadan, dia dan suami, Zulyaddain Ahmad, 37, akan mula memasak bermula jam 1 tengah hari dan membuka gerai sekitar jam 4 petang, dengan menyediaka­n 40 pek makanan.

Biasanya pada jam 6.30 petang, juadah habis dijual dan mereka juga mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan.

“Suami bekas tukang masak hotel di sini dan kini mengusahak­an kedai masakan barat di Gelugor sejak 2004 malah dialah yang masak dan mencuba pelbagai resipi baru.

“Seperti kuah ini dikisar bersama daun kari dan walaupun ringkas, ia digemari pelanggan serta mendapat sambutan yang menggalakk­an,” katanya ketika ditemui, di sini.

Bagi ayam bersalut tepung dan bebola daging pula, Norhashiki­n berkata, tiada resipi rahsia bagi menambah keenakan, tetapi hanya perlu memastikan rempah ratusnya cukup.

“Suami sering melakukan eksperimen dalam masakan dan maklum balas pelanggan adalah penting bagi memastikan mereka berpuas hati dan menggemari cara masakan kami,” katanya lagi. Norhashiki­n antara usahawan yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-cola KU).

“Saya amat berterima kasih kepada penganjur program ini kerana secara tidak langsung dapat mempromosi­kan perniagaan kami selain dapat menaikkan semangat usahawan yang lain,” katanya.

 ??  ?? PELANGGAN singgah di gerai Norhashiki­n untuk membeli juadah. NORHASHIKI­N menunjukka­n ayam pop-corn dan pasta yang dijual. NORHASHIKI­N (kiri) bersama pekerjanya menyusun makanan yang dijual di gerainya di Bazar Ramadan Pantai Jerejak, semalam.
PELANGGAN singgah di gerai Norhashiki­n untuk membeli juadah. NORHASHIKI­N menunjukka­n ayam pop-corn dan pasta yang dijual. NORHASHIKI­N (kiri) bersama pekerjanya menyusun makanan yang dijual di gerainya di Bazar Ramadan Pantai Jerejak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia